Saturday, May 28, 2016

Dr Najihatussalehah & Dr Abdul Rani Tanding PRK KK/SB Wakili PAS

Post Pic
KUALA KANGSAR: Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad dipilih sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.   

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan perkara itu di padang berhampiran markas PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan di sini malam ini.

Dr Najihatussalehah, 50, yang berasal dari Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Pasir Salak memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau juga merupakan Anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2015-2017.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Ahli  Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (32,632), pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).

Calon BN bagi parlimen itu dijadual diumumkan petang esok oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sementara itu parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dilaporkan akan mengumumkan calonnya pada 1 Jun.

Post Pic

Di Sungai Besar pula, PAS memilih ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman untuk diangkat sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar. Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Markas PAS Simpang Lima, di sini, malam ini.

Menurut Abdul Hadi, keputusan untuk memilih Abdul Rani dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulamak. Turut hadir pada majlis pengumuman itu adalah Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad; Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz dan Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Abdul Rani, 58, merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRU13, Allahyarham Noriah mendapat 18,695 undi dengan majoriti 399 undi mengalahkan calon PAS, Mohamed Salleh M.Hussin yang memperoleh 18,296 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.

Selamat mengundi bagi penduduk dua kawasan PRK tersebut. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

Kasi salahuddin n mat sabu kasi tanding la. Depa tak ada jawatan

Anonymous said...

Salam En. Anonymous di atas,

Sukahati parti diorang lah nak kasi siapa.

Encik menyebok apahal???

Unknown said...

Betul tu tak payah menyebuk.. yg penting usul RUU berjaya dibentangkan di parlimen!

Anonymous said...

Salam En Anonymous,

Betul tu yang penting jangan kena tipu pasal RUU Haji Hadi yang pondan tak boleh hurai tu hahahaaa!!!

Yang Jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails