Sunday, May 22, 2016

Sah, Azmin Ali Ugut Exco PAS. Maaf ‘kecelaruan fikiran' Azmin?


Tiga EXCO PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.

Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.

Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.

“Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar,” katanya kepada FMT.

Malah Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mendakwa Azmin bertindak seperti itu kerana ditekan oleh pimpinan Pakatan Harapan yang mahu meletakkan calon mereka.

“Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia ‘melibas’ semua orang termasuk Presiden PAS,” katanya.

Khairuddin melahirkan rasa kesal atas kenyataan terbaharu Azmin yang kelihatan menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

Kenyataan seolah sindiran itu merupakan jawapan Azmin kepada Hadi yang menyangkal adanya rundingan rasmi pengagihan kerusi PRK antara PAS dan PKR.

Menurut Azmin rundingan dilakukan dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan setiausaha politik kepada Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

PAS mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Azmin, malah memahami stuasi yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu.

“Kita maafkan Azmin atas ‘kecelaruan’ fikiran dia akhir-akhir ini,” katanya. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

ADAKAH YB AZMIN DIUGUT OLEH DAP ? MARI KITA TANYA. HINT TERBAIK DARI ISMAWEB


http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-ingat-dap-parti-dominan-jika-pakatan-harapan-tadbir-negara/


GELARAN cauvinis sangat sesuai untuk DAP yang kini dilihat semakin galak mengejar kuasa politik tanah air apabila mereka makin menunjukkan taring.

Jika dulu PAS, kini PKR mahupun PAN pasti tidak berupaya menahan kehendak dan nafsu serakah DAP yang sudah tentu mahu meneruskan agenda menghapuskan hak dan keistimewaan Melayu dan Islam sedikit demi sedikit.

Sebab itu Pedang sangat bersetuju dengan kenyataan bantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad baru-baru ini bahawa sekiranya pakatan harapan diberi peluang mentadbir negara ini, maka kedudukan Melayu Islam akan terhakis.

Jika pakatan harapan menang maka sudah pasti, parti yang akan menjadi dominan adalah DAP, bukannya PKR atau PAN.

Tidak ada salahnya apa yang diutarakan Tun Abdul Hamid. Memang itulah hakikatnya. Selama ini pun, DAP terus memainkan propaganda anti-Melayu dan mempergunakan isu agama untuk meraih simpati.

Pedang bukan mahu memainkan sentimen politik, jauh sekali menghasut. Pedang hanya sekadar mahu mengingatkan bangsa Melayu mengenai kezaliman dan agenda DAP yang tak akan pernah berhenti.

Agenda mereka ialah menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kalau boleh, mereka mahu menukar status agama bagi Persekutuan.

Apa akan jadi jika parti rasis ini berkuasa? Sudah tentu bangsa Melayu akan dilenyapkan dari muka bumi Malaysia ini, bahkan agama Islam mungkin akan dipesong-pesongkan untuk tujuan penghapusan secara halus. Bangsa lain umpama balaci mereka sahaja.

Apa yang Pedang boleh katakan, DAP mahu menguasai Malaysia dengan cara yang paling jijik dan kotor. Sikap anti-Islam DAP bakal mengundang padah kepada negara dan kita umat Islam keseluruhannya. Lebih-lebih lagi apabila anti-Islam di luar sana pula sedang melihat dari jauh sasaran mereka.

DAP sepatutnya diharamkan di negara ini, ideologinya sangat berbahaya untuk rakyat Malaysia, khususnya generasi umat Islam masa depan.

Anonymous said...

muka altakiri ni tak nampak pun cerdek & bila bercakap macam lebong. Pakai kopiah pakai tai.. he hee

Anonymous said...

muka altakiri ni tak nampak pun cerdek & bila bercakap macam lebong. Pakai kopiah pakai tai.. he hee

Anonymous said...

Baru Azmin ugut dah Kecelaruan harubiru parti pak lebai. 3 exco & ribu2 lagi penyokong Pas berjawatan negeri Selangor. Klau berani letak jawatan dulu sebelom dipecat. Jangan takut Pas kuat kerna ada lebai sorban besar sikulutot & pandai lebong pusing2 & u- turn.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails