Friday, July 14, 2017

Dikir Dangdut: Sempena K'tan International Bike Week?


HALAMAN HIBURAN

Merujuk kepada viral foto artis wanita tempatan membuat persembahan kononnya ia adalah sebahagian daripada acara malam sempena Kelantan International Bike Week 2017 (KIBW) anjuran Kerajaan Negeri Kelantan adalah fitnah.

Hasil carian imej untuk K'tan International Bike Week
Imej yang berkaitan
"Ada  yang mungkin dengki dengan  kejayaan dan minat para Bikers datang ke Kelantan, jadi mereka telah masukkan gambar yang berlaku di Kampung Berangan, Tumpat yang saya difahamkan itu adalah sebuah majlis kahwin yang secara tidak sengaja telah adakan persembahan Dikir Barat Dangdut," jelas Pengerusi JK Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Dato' Haji Abdul Fattah Mahmood.
KIBW yang telah berlangsung selama 3 hari di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu berjaya mengumpul seramai 4,500 'biker' dari seluruh negara. Kemunculan selebriti Awie yang merupakan pengasas Wings Motor Gang Society turut mencetuskan perdebatan di media sosial.
"Saya sebut kepada Awie sendiri semasa Majlis Perasmian bahawasanya Kelantan tidak pernah menghalang persembahan tetapi persembahan kita akan cuba sebaik mungkin mematuhi syariat.
Jadi ini ruang lingkup dakwah yang kita gunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan kepada semua peringkat " terang Abdul Fattah.
Abdul Fattah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran KIBW 2017 yang telah mendapat perhatian daripada banyak pihak. (IH)


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails