Tuesday, July 11, 2017

YDP Dewan Perniagaan Melayu Ditahan SPRM







PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berjaya menahan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) Negeri Perak, Sabri Ahmad Tah.
Suspek yang berusia 47 tahun itu ditangkap di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, sekitar jam 4 petang, Isnin.
Ketika ini, siasatan yang dilakukan menjurus kepada pendakwaan satu kes rasuah di mahkamah.
Kes tersebut melibatkan projek-projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak serta pembekalan bahan binaan yang berlaku pada tahun 2014.
Setakat ini, pihak SPRM masih belum melakukan sebarang sitaan membabitkan suspek.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, pihaknya melakukan siasatan terperinci susulan penahanan ini.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan SPRM dalam proses merakam percakapan suspek sebelum tindakan lanjut diambil," katanya.
Suspek  dijangka dibawa ke Mahkamah Putrajaya pada Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
(mStar)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails