Wednesday, July 12, 2017

Jamuan Aidilfitri Bersama Imam & Paderi Kristian -P/PAS


George Town: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang sekali lagi mencatat sejarah apabila memenuhi undangan  Majlis Jamuan Raya Aidilfitri bersama Para Imam dan Paderi Kristian anjuran Global Unity Network (Unity), Islamic Propagation Society International (IPSI) dan Christian for Peach and Harmony Malaysia (CPHM) di Hotel Royal Penang tempoh hari.


Seramai hampir 70 orang tetamu yang hadir pada Majlis tersebut yang mana 3 orang daripadanya adalah mewakili Pemuda PAS Pulau Pinang manakala yang selainnya adalah dalam kalangan penganut dan agamawan Islam serta Kristian .

Majlis dimulai dengan sesi ramah mesra ,saling mengenali antara semua dan bertukar pandangan dengan para paderi dan wakil-wakil gereja serta pertubuhan Kristian sekitar Pulau Mutiara dan negeri lain. Selain itu, majlis jugak turut menganjurkan pop kuiz berkaitan persamaan antara ajaran Islam dan Kristian yang membuka peluang kepada para tetamu untuk menjawab soalan tersebut.

Di samping itu, wakil Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang , Saudara Muhammad Zabidi telah diberi peluang untuk berkongsikan pendapat dan pandangan serta menyampaikan mesej kesejahteraan, kedamaian dan keharmonian kepada semua tetamu yang hadir selaras dengan gagasan Budaya Politik Matang &Sejahtera (BPMS) yang didokongi oleh PAS.

" PAS sentiasa terbuka untuk bersama siapa sahaja yang sudi untuk bertukar pandangan, bukan sahaja dalam soal politik malah soal hubungan antara agama dan juga keharmonian kaum " kata beliau.

" PAS komited dengan mesej sejahtera yang dianjurkan Islam dan sentiasa sedia untuk bekerjasama dengan penganut agama Kristian atas titik persamaan dan menghormati perbezaan antara satu sama lain seperti dianjurkan dalam Al-Quran Surah Ali-Imran Ayat 64 yang bermaksud : 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam" beliau mengulas lanjut.

Majlis ini juga dihadiri oleh beberapa tokoh pendakwah dalam bidang perbandingan agama seperti Saudara Shah Kirit Kakulal Govinji yang selainnya adalah tulang belakang bagi menjayakan program tersebut. Beberapa wakil imam dari masjid-masjid dalam Negeri Pulau Pinang dan wakil Jabatan Agama Islam turut hadir bersama untuk meraikan majlis tersebut.

Pertemuan dan perjumpaan seperti ini akan diteruskan dan PAS sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang berusaha ke arah kesejahteraan negara dengan keindahan Islam dan menjadikan dakwah sebagai tugas utama . Majlis ini berakhir dengan sesi bergambar bersama.

Oleh : Muhammad Hafiz bin Ilyas Albaghoni

1 comment:

Paul Baggio said...

Nanti MujaHIT marah pulak!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails