Friday, July 14, 2017

Hanya Untuk Muslim Sahaja, Sebat Di Depan Ramai. -Ahmad Zahid Hamidi


HUKUMAN sebat di depan khalayak yang dilaksanakan di Aceh. Kelantan akan melaksanakan hukuman serupa selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan. – Gambar hiasan

KUCHING – Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Kelantan kelmarin berkuat kuasa ke atas orang Islam di negeri itu sahaja.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan itu ha­nya memberikan implikasi kepada orang Islam dan tidak melibatkan orang bukan Islam di Kelantan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum berlepas pulang ke ibu negara selepas menamatkan lawatan kerja dua hari di Sarawak.
Beliau diminta mengulas pindaan tersebut yang antara lain membolehkan hukuman sebat dijalankan di hadapan khalayak ramai.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kerajaan negeri Kelantan berhak mengemukakan pindaan rang undang-undang itu di DUN kerana mereka mempunyai suara majoriti.
“Bagaimanapun, biarpun pindaan tersebut sudah diluluskan ia masih tertakluk kepada perkenan Sultan Kelantan untuk pelaksa­naan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, hukuman sebat di tempat awam itu akan dilaksanakan selepas enakmen tersebut diwartakan.
“Secara periba­di saya berpendapat tempat umum seperti di dewan, di luar mahkamah atau hadapan masjid boleh digunakan untuk menjalankan hukuman itu, namun kita akan berme­syuarat untuk memperhalusi perkara berkenaan,” katanya. (Kosmo!)


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails