Thursday, July 13, 2017

‘Gangnam Style’ Tidak Lagi Nombor 1. Mulai Zaman Kejatuhan?


Imej yang berkaitan

HALAMAN HIBURAN

VIDEO muzik ‘Gangnam Style’ yang mencetuskan kegilaan menari di peringkat global dan tular hingga hampir ‘memecahkan’ YouTube akhirnya disingkirkan daripada puncak video paling banyak ditonton.

Selepas empat setengah tahun menjadi video YouTube paling banyak ditonton, ‘Gangnam Style’ jatuh ke tangga kedua digantikan oleh ‘See You Again,’ persembahan Wiz Khalifa dan Charlie Puth.
Pencapaian ‘Gangnam Style,’ yang mengisahkan kehidupan penduduk daerah Gangnam di Korea Selatan turut mengejutkan penyanyinya, Psy yang sebelum itu tidak begitu dikenali di luar Korea Selatan.
Video itu menjadi yang pertama mencecah 1 bilion tontonan di YouTube sehingga menyebabkan jurutera laman berkenaan bertungkus-lumus membuat perubahan apabila ia mencapai 2.1 bilion tontonan.
Lewat kelmarin, ‘Gangnam Style’ yang ditonton sebanyak 2.895 bilion kali di YouTube, jatuh ke tempat kedua, di bawah ‘See You Again.’ – Reuters
Pengkagum-pengkagum k-pop juga alami zaman kejatuhan?

1 comment:

Anonymous said...

Hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja maka malanglah manusia bodoh yang mengejar hiburan dan kemewahan dunia dan meninggalkan akhirat. Semua glamour dunia adalah bersifat sementara sahaja dan kita sendiri telah lupa artis-artis yang terkenal 5 tahun dahulu walaupun mungkin kita meminati mereka 5 tahun yang lepas!

Adakah anda masih menjadi balaci-balaci ternakan DA-Pig yang menentang ajaran Islam dan ulama Islam dan menafikan hak umat Islam? Adakah anda masih mengharapkan wang neraka untuk shopping dalam kubur dan merasuah malaikat? Hentikan kebodohan dan kesesatan ini !

Dunia sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Apakah persediaan anda?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails