Thursday, July 13, 2017

Dewa Hindu Berselindung Di Sebalik Ayat Suci Al-Quran.


BANGI, 19 Syawal 1438H, Khamis – Mengejutkan! Hiasan ayat al-Quran yang biasanya digantung di dinding rumah masyarakat Islam ditipu apabila berselindung di sebalik gambar Dewa Hindu. 

Menerusi video yang dihantar ke Ismaweb.net, ia menunjukkan suara lelaki dan perempuan sedang membuka beberapa keping hiasan dinding yang mengandungi ayat al-Quran. 

Video berdurasi 46 saat itu menunjukkan pihak tidak bertanggungjawab melekatkan ayat Al-Quran yang dicetak dalam bentuk pelekat, kemudian menampal pelekat tersebut di bawah poster dewa agama hindu.

Seorang wanita dalam video itu menasihatkan orang Islam agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan penipuan seperti yang dialami mereka. “Ada yang memperbodohkan orang Islam. Sesiapa yang beli kena ‘check’ Kalau tengok ada benda macam ni jangan beli,” kata lelaki dalam video berkenaan. 

1 comment:

Anonymous said...

Mengapa Hindraf, MIC dll sibuk memfitnah dan menghina pendakwah Islam Dr Zakir Naik dan cuba menghalang program dakwah Islamnya dan berusaha menghalau beliau kelaur dari Malaysia tetapi puak Hindu ini telah gagal mengutuk tindakan-tindakan perkauman dan cauvinis menghina agama Islam seperti Dewa Hindu Berselindung Di Sebalik Ayat Suci Al-Quran? Adakah ini menunjukkan puak Hindu ini mengamalkan hipokrasi dan double standard?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails