Tuesday, July 11, 2017

Bongkar Penipuan CEC DAP..

Dr Novandri – Di bawah adalah kronologi isu status ahli-ahli CEC DAP yang begitu lama dan masih belum lagi selesai hingga ke hari ini. Ianya melibatkan Lim Kit Siang dan kroni tegarnya iaitu Lim Guan Eng.
15 Disember 2012 – Kongres Nasional DAP untuk memilih 20 ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baharu. Kesemua calon Melayu ditolak oleh wakil-wakil yang hadir di majlis tersebut. Ianya menyerlahkan satu parti yang rasis dan tidak dapat menerima orang Melayu di dalam kepimpinan tertinggi mereka.
3 Januari 2013 – Hanya setelah 3 minggu barulah DAP mengaku berbohong tentang pemilihan CEC DAP kononnya berlaku kesilapan teknikal dan menyalahkan program komputer Microsoft Excel. Tindakan DAP itu dikutuk oleh rakyat kerana parti cauvinis itu hanya ‘memperbetulkan’ pemilihan CEC setelah didesak dan terbukti parti itu rasis kerana tiada seorang pun Melayu berjaya merebut 20 jawatan CEC.
Vincent Wu Him Ven yang pada awalnya menang telah dikalahkan manakala Zairil anak tiri Khir Johari dimenangkan sebagai ahli CEC ke 20.
17 April 2013 – ROS mengeluarkan notis kepada DAP terdapatnya aduan penyelewengan ketika pemilihan itu. Ahli-ahli DAP membuat laporan kepada ROS tentang wujudnya penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian. Di antara yang dilaporkan :
  1. DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.
  2. Wujud 547 perwakilan ‘haram’ yang kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi 6 nama iaitu LKS, LGE, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke Siew Fook dan Vincent Wu Him Ven. ( http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130806/re_05/Kenapa-masih-bermain-politik)
  3. Senaraikan 2,576 ahli, cawangan dan alamat, senaraikan 1,740 ahli yang berhak hadir dan mengundi beserta cawangan masing-masing, senaraikan 985 cawangan yang telah diberi status Sijil A dan salinan notis kepada 2, 576 ahli selain nama cawangan dan alamat di mana ia dihantar.
  4. 851 daripada 2,576 perwakilan tidak hadir dan mengundi semasa pemilihan semula CEC dan secara misteri muncul pula 120 cawangan tambahan yang hadir dan pengundi diwakili oleh 450 perwakilan. Ini bermakna 1,301 perwakilan asal tidak hadir untuk mengundi. ( https://www.malaysia-today.net/dap-perlu-hentikan-sandiwara-tuan-tat)
17 Jun 2013 – ROS meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap kira undi pada Disember 2012. Pendaftar ROS berkata ia adalah untuk mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab ‘computer glitch’ atau satu penyelewengan.
30 Julai 2013 – ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.
5 Ogos 2013 – Pendaftar ROS mendedahkan bahawa dakwaan pemimpin DAP yang mereka telah memberi kerjasama penuh kepada ROS adalah tidak tepat kerana sepanjang siasatan mereka sering meminta penundaan tarikh atau memendekkan masa proses siasatan atas alasan sibuk dengan hal politik kepartian mereka.
Puak DAP ini juga sering kali menangguhkan penghantaran maklumat yang diperlukan ataupun tidak menyediakannya walaupun perkara itu telah dinyatakan kepada mereka lebih awal. Pendaftar ROS juga mendedahkan bahawa ROS telah mengambil sikap yang terlalu ‘humanistic’ menguruskan pemimpin DAP walaupun beberapa kali difitnah khususnya sepanjang Pilihan Raya Umum yang lepas atas dasar politik. Beliau menyifatkan keengganan DAP mematuhi keputusan ROS sebagai sangat mendukacitakan.
29 September 2013 – Pemilihan semula CEC DAP. Liew Chin Tong mendapat undi popular tertinggi sekali iaitu 1,438 undi tetapi beliau tidak dapat memegang jawatan terpenting sekali dalam DAP.
Yang amat memalukan ialah Lim Guan Eng masih memegang jawatan Setiausaha Agung DAP walau pun beliau hanya sekadar di tangga ke-5 sahaja. Makanya, jika Lim Guan Eng benar-benar walk his talk dan percaya ‘bermati-matian’ tentang konsep ‘undi popular’ PRU13, beliau sepatutnya berasa malu untuk mengambil jawatan Setiausaha Agung DAP.
Yang pastinya, tidak ada demokrasi dalam pemilihan CEC DAP tetapi mereka ini yang selalu buat bising kononnya mengamalkan demokrasi. Bohong besar.
4 Disember 2013 – Surat Pendaftar ROS kepada Pengerusi DAP Kedah yang mengatakan bahawa CEC DAP masih belum diiktiraf oleh ROS.
6 Disember 2013 – ROS hantar surat kepada DAP untuk mengemukakan laporan lengkap pemilihan semula CEC termasuk 985 cawangan yang telah diberi status A dan juga salinan asal 500 surat yang ditandatangani oleh perwakilan tidak hadir.
11 Disember 2013 – ROS melaporkan isu CEC akan terus berada dalam kedudukan tergantung sehingga DAP mengemukakan laporan berhubung Kongres Khas dan pemilihan semulanya. Pihak ROS tidak dapat membuat sebarang keputusan tentang kesahihan CEC yang dipilih semula ekoran DAP menghantar laporan tidak lengkap.
18 Februari 2014 – ROS dalam surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung DAP meminta DAP senarai 985 cawangan yang diberikan dengan sijil A kerana dokumen itu belum diserahkan kepada ROS. ROS juga meminta parti untuk senarai penuh semua perwakilan dari 985 sijil A cawangan yang menghadiri pemilihan CEC awal pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013.
DAP juga diminta untuk salinan asal 500 surat yang ditandatangani oleh perwakilan yang tidak dapat menghadiri mesyuarat pada 15 Disember.
23 September 2014 – DAP mengambil keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman bagi memaksa Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengiktiraf pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas parti itu pada 29 September 2013.
27 September 2014 –  Wee Choo Keong, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju telah mendedahkan:
  1. Semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, pihak urus setia DAP mengisytihar jumlah cawangan yang hadir adalah 865 cawangan. Semasa pemilihan semula CEC pada 29 September 2013, pihak urus setia DAP, Ong Kian Meng pula isytihar jumlah cawangan yang hadir adalah 985 cawangan.
  2. Ternyata 120 cawangan baharu yang belum didaftar secara sah telah hadir pada pemilihan semula CEC pada 29 September 2013. Maka oleh sebab itulah, Setiausaha Agung DAP yang belum sah, Lim Guan Eng telah menghantar Anthony Loke dan Vincent Wu pada 24 September 2014 untuk menggesa pihak ROS meluluskan pendaftaran 120 cawangan yang hadir pada pemilihan semula pada 29 September 2013.
3 Oktober 2014 – ROS membuat penafian pernah mengiktiraf pemilihan CEC DAP sebagai sah. ROS turut mempersoalkan dakwaan yang dibuat oleh DAP itu dan tertanya-tanya bagaimana parti tersebut boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada mahkamah.
ROS akan menyiasat perkara tersebut seterusnya menjawab isu 120 cawangan DAP tidak mendaftar dan mengundi pada pemilihan semua CEC parti itu.
7 Oktober 2014 – RoketKini mendakwa ROS telah akhirnya tewas dan kononnya ‘mengiktiraf DAP adalah sah’.
19 Oktober 2014 – Anthony Loke mendakwa senarai perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan semula adalah senarai yang sama yang digunapakai dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP pada 15 Disember 2012.
19 Mac 2015 – Dalam jawapan bertulis kepada Anthony Loke, Menteri Dalam Negeri berkata siasatan ROS terhadap DAP masih berjalan, hal ini kerana jabatan berkenaan masih menerima aduan baharu walaupun pemilihan semula telah diadakan.
29 Oktober 2015 – ROS masih menjalankan siasatan menyeluruh terhadap DAP berikutan pemilihan semula parti itu yang diadakan pada 29 September 2013. Kenyataan ini dibuat oleh DS Ahmad Zahid Hamidi untuk menjawab soalan Loke Siew Fook yang meminta beliau menyatakan status siasatan ROS terhadap DAP.
19 Mei 2016 – DS Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bahawa ROS tidak berpuas hati dengan dokumen yang disediakan oleh DAP. ROS masih menyiasat pemilihan semula kerana ia perlu menganalisis dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh DAP. Ini kerana terdapat percanggahan dalam kandungan dan kebenaran dokumen itu.
26 November 2016 – KDN dan ROS didesak mengumumkan hasil siasatannya terhadap DAP berhubung status terkini parti berkenaan susulan dakwaan berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.
23 Mei 2017 – Satu memorandum bagi mendesak ROS memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan. Memorandum ini disokong oleh ahli-ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan
7 Julai 2017 – Jabatan ROS akan mengeluarkan arahan meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana pelantikan 20 anggota CEC daripada pemilihan semula pada 29 Sept 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Dis 2012 yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.
Kita berharap agar pihak ROS lebih tegas dan menyegerakan siasatan dan memberi keputusannya dengan segera kerana isu ini terlampau lama. Malah, agensi ROS juga telah mula disindir oleh rakyat kerana dianggap takut untuk berdepan dengan parti DAP. Penulis yakin ROS akan dapat menyediakan segala bukti siasatan mereka tetapi jangan dilengahkan lagi.

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

1 comment:

Anonymous said...

Walaupun berjuta bukti didedahkan tentang kejahatan, kezaliman, salah laku, rasuah, pecah amanah pemimpin-pemimpin kafir harbi, balaci-balaci ternakan kafir harbi akan tetap menolaknya sebab balaci-balaci tersebut adalah zombie penagih tegar dedak cap roket yang berkesan mematikan otak, membutakan mata dan memekakkan telinga balaci tersebut !

Dan segelintir pemimpin Melayu-'Islam' tetap menjadi penjilat punggung pemimpin-pemimpin kafir harbi yang menghina dan memusuhi agama Islam dan umat Islam semata-mata kerana pengkhianat-pengkhianat tersebut tergila-gilakan wang neraka untuk shopping dalam kubur !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails