Friday, July 14, 2017

Aktiviti Jual Buah Pinggang Di Pakistan..


 Beberapa lelaki menunjukkan kesan pembedahan pemindahan buah pinggang yang mereka lakukan secara haram.
KETIKA pihak berkuasa Pakistan melakukan serbuan di sebuah hospital di Lahore, beberapa orang doktor dikesan sedang melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang.
Pada masa sama, penderma dan seorang pembeli dari Oman masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri berada di atas katil. Ketika serbuan, doktor berkenaan dibenarkan untuk meneruskan pembedahan tersebut sebelum dia bersama pembantunya dan warga Oman berkenaan ditahan.
Pakistan telah lama menjadi hab antarabangsa bagi pemerdagangan buah pinggang secara haram. Namun, pihak berkuasa tempatan dan perubatan di sana menjelaskan mereka tidak berupaya untuk mengambil tindakan terhadap aktiviti tersebut.
Mereka juga dikatakan sangat kecewa dengan polisi penguatkuasaan yang tidak efektif selain kegagalan itu disebabkan oleh pengaruh kuasa politik. Sebenarnya, aktiviti pendermaan organ adalah sah selagi ia melibatkan penderma yang tidak bersangkut paut dengan wang.
Buah pinggang boleh dibeli dengan mudah oleh golongan pembeli dari luar negara terutama dari negara Teluk, Afrika dan Britain. Pada saat kebanyakan negara di dunia mengharamkan aktiviti pemerdagangan organ, situasi berbeza berlaku di Pakistan.
Dalam masa hanya beberapa minit, wartawan agensi berita AFP yang berjaya memasuki lobi sebuah hospital besar di ibu negara Islamabad telah dibantu oleh kakitangan hospital itu untuk bertemu dengan individu yang bertindak sebagai ejen yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan penderma organ.
Mereka juga mendakwa mampu mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk meluluskan pemindahan buah pinggang dengan bayaran AS$23,000 (RM98,842).
“Sekiranya penderma mendakwa dia melakukannya dengan persetujuan, tiada apa yang boleh kami lakukan terhadapnya,” kata Pegawai Pemerhati Pihak Berkuasa Pemindahan Organ Manusia (HOTA) Pakistan, Dr. Suleman Ahmed.
Hasil carian imej untuk jual buah pinggang
Penguatkuasaan
Dalam serbuan yang dilakukan pada 30 April lalu di Lahore itu, ia merupakan satu permulaan kepada usaha yang lebih serius, kata Timbalan Pengarah Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA), Jamil Ahmad Khan Mayo.
Penguatkuasaan terhadap undang-undang sedia ada sebenarnya terletak di bawah bidang pihak berkuasa tempatan dan ia berbeza-beza mengikut sempadan.
Bagaimanapun kata Jamil, sehingga Mac lalu, perbezaan dalam penguatkuasaan tersebut telah dihapuskan bagi memberi lebih kuasa kepada FIA untuk melaksanakannya.
Dalam kes yang berlaku di Lahore itu, kesemua 16 individu telah ditahan dan penyiasatan masih diteruskan. Mereka bakal berhadapan dengan hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun.
“Menerusi serbuan ini, kami ingin memberi mesej yang jelas kepada seluruh dunia bahawa Pakistan kini bukan lagi tempat yang selamat untuk melakukan pemindahan buah pinggang secara haram,” tegasnya.
Hasil carian imej untuk jual buah pinggang Sebuah kilang di Rusia melakukan kerja-kerja mengutip@menuai buah pinggang, kornea mata dan tubuh bahagian manusia lain untuk dijual.
Golongan pakar berpendapat terdapat keperluan untuk membanteras kegiatan itu daripada akar umbi.
“Perdagangan haram ini hanya memberi keuntungan kepada golongan kaya dan elit di negara ini,” kata Ketua Nefrologi di Hospital Benazir Bhutto yang dikendalikan oleh kerajaan di Rawalpindi, Mumtaz Ahmed.
Menurut Institut Urologi dan Transplan Sindh, kira-kira 25,000 individu di negara itu merana akibat kegagalan buah pinggang berfungsi setiap tahun.
Bagaimanapun, 10 peratus sahaja yang menerima rawatan dialisis dengan 2.5 peratus daripadanya berpeluang untuk mendapatkan buah pinggang baharu menerusi pemindahan.
“Ramai individu yang datang ke hospital kerajaan dengan membawa ahli keluarga mereka yang sanggup menderma organ.
“Kemudiannya, mereka bertukar dengan pergi ke hospital swasta apabila mendapat tahu mereka boleh membeli buah pinggang di sana,” kata Jamil.
Permintaan yang tinggi terhadap buah pinggang telah mencipta pasaran gelap terutama di kawasan luar bandar negara berkenaan. Mereka yang bekerja di kilang, ladang atau membuat batu-bata kerap meminjam duit daripada majikan untuk membayar bil perubatan anak-anak dan akhirnya, tidak mampu membayar hutang tersebut.
Daripada terpaksa bekerja keras untuk membayar semula hutang berkenaan yang tidak pernah berkesudahan, mereka akhirnya tiada pilihan lain selain menjual organ untuk memecah kebuntuan.
Bushra Bibi merupakan salah seorang daripada mereka yang telah menjual buah pinggangnya dan kini, dia menderita akibat daripada perbuatannya itu.
Menurut Bushra, dia menjual organ itu pada harga AS$1,000 (RM4,295) kira-kira 12 tahun lalu bagi membiayai bil perubatan bapanya.
Kemudian, suaminya turut melakukan perkara sama bagi membantu bapa mentuanya yang berada dalam kesusahan. Tindakan mereka itu telah menyebabkan kedua-duanya kini terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk bekerja bagi menyara lima anak dan terpaksa berhutang.
“Saya berasa cepat letih. Kini, orang mula bercakap tentang saya apabila tidak dapat menghabiskan kerja yang dilakukan,” kata Bushra.
Wanita itu tinggal bersama keluarganya di Sargodha yang terletak dalam wilayah Punjab, lokasi pengeluaran buah oren terbaik di Pakistan. Ia juga merupakan kawasan di mana banyak keluarga telah ditangkap selepas terlibat dengan aktiviti penjualan buah pinggang secara haram. (IH)


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

4 comments:

Unknown said...

Kami amat memerlukan penderma buah pinggang di seluruh dunia dalam jumlah 800,000.00, EUROS ..
hubungi dr maria untuk maklumat lanjut mengenai prosedur buah pinggang:

  E-mel; danielshospital55@gmail.com

Whatsapp; +2348181726727

Terima kasih..

ahmed hassen said...

Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda? Hospital kami mengkhususkan diri dalam Pembedahan / Pemindahan Buah Pinggang dan pemindahan organ lain, akan memerlukan O + ve, A + ve dan B + ve penderma buah pinggang dan kami akan menawarkan anda jumlah kacak. Orang yang berminat perlu menghubungi kami melalui e-mel: georgewinston00@aol.com

Dr. George Winston
WhatsApp: +44 7957 754628

Dr Nico Scott said...

Kidney donor needed urgently at Apollo Hospital, we offer huge amount for one kidney only contact me via WhatsApp number: +918122208392 Email: apollohospitalkidneydep@gmail.com

Kutu8 said...

Please wsap me +60137730109
Urgent

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails