Tuesday, July 11, 2017

Tentera Filipina Belum Dapat Membersihkan 'pengganas' Di Marawi.


 GAMBAR yang dirakam oleh tentera Filipina menunjukkan anggota militan Maute berada di dalam sebuah rumah di Marawi, selatan Filipina. - AFP
MANILA – Kanak-kanak dan tebusan di bandar Marawi dipaksa mengangkat senjata dan berperang bersama kumpulan militan pro-Daesh, kata tentera Filipina semalam.
Kumpulan militan termasuk pemberontak Maute menawan Marawi yang dianggap sebagai ibu kota penduduk Islam di Filipina pada 23 Mei lalu dalam usaha bauntuk mewujudkan wilayah Daesh.
Setakat ini, lebih 100 militan berkenaan masih berkubu di Marawi, selatan Filipina walaupun pihak tentera berusaha bersungguh-sungguh untuk mengusir mereka.
Sesetengah pengganas itu merupakan remaja yang mungkin direkrut dan dilatih untuk menggunakan senjata api ketika mereka masih kanak-kanak lagi, kata jurucakap tentera Filipina, Brigedier Jeneral Restituto Padilla.
“Kami berterusan mendapat berita daripada penduduk Marawi yang melarikan diri bahawa kanak-kanak dan orang tebusan digunakan dalam pertempuran,” kata Padilla kepada pemberita di Manila.
Menurutnya, tidak lama selepas menawan Marawi, kumpulan lelaki bersenjata itu menawan berpuluh-puluh tebusan termasuk paderi Kristian.
Sebahagian daripada anggaran 300 orang awam lain yang masih terperangkap di bandar itu turut dijadikan tebusan oleh mereka, kata Padilla.
Pihak tentera berkata, orang awam dipaksa membantu militan-militan berkenaan dengan membawa bekalan dan peluru, menolong mereka yang cedera dan membantu menawan bandar tersebut.
Lebih 500 orang terbunuh sepanjang pertempuran lima minggu di Marawi termasuk 89 anggota tentera dan polis, 39 penduduk dan 379 militan, menurut statistik kerajaan Filipina semalam.
Hampir 400,000 penduduk Marawi menjadi pelarianmasing akibat pertempuran tersebut.  Lapor AFP
Komen Weblog Ibnu HasyimBerita ini bukan dari sumber berita Islam yang boleh dipercayai bulat-bulat. Cuma yang dapat kita fahamkan ialah berita ini membuktikan bahawa tentera Filipina masih belum dapat membersihkan apa yang disebut 'pengganas' atau pemberontak, terdiri dari rakyat Islam di Selatan Filipina seperti yang dikatakan akan tamat selepas Hari Raya Pusa lalu. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails