Sunday, July 09, 2017

Kastam Sarawak Pula Ditahan Kes Rasuah.


SPRM Tahan Pegawai Kastam Sarawak Kes Rasuah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kastam di Sarawak kerana disyaki meminta rasuah daripada sebuah syarikat bagi memudahkan proses pengeksportan bahan-bahan ‘piping and associated facilities’ ke luar negara.

Sumber SPRM memberitahu bahawa suspek berusia 53 tahun itu ditahan di hadapan sebuah hentian bas di Bintulu, Sarawak pada 10.32 petang semalam.
“Perbuatan suspek terbongkar selepas orang awam membuat laporan kepada SPRM dan mengadu lelaki itu meminta wang berjumlah ribuan ringgit untuk proses melepaskan barangan eksport.
“SPRM sudah bertemu dengan wakil syarikat yang menjadi mangsa untuk mendapatkan maklumat dan mendapati suspek telah meminta RM42,985 (US$10,000) bagi memudahkan pengeksportan bahan berkenaan,” kata sumber itu di sini.
Sumber itu berkata SPRM kemudian bekerjasama dengan syarikat berkenaan dalam satu operasi dan suspek dapat diberkas bersama-sama wang tunai berkenaan.
SPRM turut merampas dua telefon bimbit dipercaya milik suspek yang digunakan dalam urus niaga berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu sekiranya mereka didapati terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu ini.
“Selain itu, kemungkinan lebih ramai akan dipanggil sekiranya perlu bagi membantu pasukan penyiasat melengkapkan siasatan,” katanya.
Azam berkata suspek direman sehingga Rabu depan dan disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan. -BERNAMA.

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails