Monday, February 01, 2016

Takiyuddin Jawab Husam Musa..


SHAH ALAM - "Saya tidak bertanggungjawab kepada (bekas Naib Presiden Pas) Datuk Husam Musa untuk jelaskan apa-apa yang diamanahkan kepada saya dalam apa-apa tugas termasuk hudud," demikian kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Jelas Takiyuddin, Husam tidak tahu banyak perkara dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dan banyak perkara tidak perlu diberitahu kepadanya.

"Pihak kami tiada tanggungjawab memberikan penjelasan kepada Husam. Bagi saya, tanggungjawab saya melakukan kerja diamanahkan. Saya tidak bertanggungjawab kepada dia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Husam dalam satu forum sebelum ini menyarankan, dua individu penting dalam pelaksanaan hudud di Kelantan bertanggungjawab kerana hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen.

Menurutnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Takiyuddin perlu melepaskan tanggungjawab sekiranya gagal memberikan penjelasan.

Berkongsi cerita mengenai Husam, Takiyuddin mengakui mengenali Husam sejak belajar di universiti dan bekerjasama dalam Pas serta pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya dengan Datuk Husam ini, kami bersama-sama sejak dari universiti lagi. Kemudian bersama-sama dalam Pas, bersama-sama dalam kerajaan negeri, Exco dan sebagainya.
“Datuk Husam ada jawatan dalam parti dan saya pun ada jawatan dalam parti. Kami kerja bersama-sama termasuk hudud ini,” katanya.
Namun katanya, Husam bertindak sebaliknya selepas tid.k lagi mempunyai jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan parti dengan mula memainkan peranan mengkritik.
“Itu sahajalah yang dia buat. Dia kata semua orang tidak betul, parti tidak betul dan kepimpinan pun tidak betul,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya adakah benar dakwaan Husam bahawa pada 18 Mac 2015, seorang wakil pusat datang ke pejabat kerajaan negeri untuk memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen serta-merta dan mempersoalkan mengapa sehingga sekarang tiada berita, jelas Takiyuddin, Malaysia negara demokrasi dan Husam berhak berkata apa sahaja.
 Husam perlu jawab kepada rakyat

Takiyuddin dalam pada itu mahu Husam menjelaskan kewajarannya menjadi saksi sebuah syarikat pembinaan yang menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan.

“Saya minta Husam jelaskan kepada rakyat Kelantan, kenapa beliau sanggup menjadi saksi syarikat pembinaan yang menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri di mana salah satu syarikat itu, dia (Husam) pernah jadi pengerusi sewaktu menjadi Exco.
“Saya minta dia jelaskan kepada rakyat Kelantan, kenapa dia bersikap sebegitu bila tiada lagi jawatan dalam kerajaan negeri,” ujarnya.


Pada 26 Januari 2014, sebuah syarikat binaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa ingkari surat hasrat pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai. (IH)

15 comments:

Anonymous said...

Apa nak buat yg ada dlm kabinet pas ni semua penjilat2 umno. Cajsp dah mirip umno. Mula2 cium bau taik..lps tu dah minat masuk dlm yong taik

Anonymous said...

Penjilat DAP lagi ramai. Sekurang-kurangnya banyak kenyataan dari PAS yang menegur/mengkritik UMNO menunjukkan istiqamahnya perjuangan PAS dari dulu membela Islam. PAN berani ke menegur DAP dalam hal melibatkan kepentingan Islam?

An Anonymous said...

Penjilat dubur UMNO lebih berhemah dari penjilat dubur DAP yg hanya gunakan tisu..

Anonymous said...

Cakap berdegar menghina DAP .semua DAP tak guna.tetapi mengapa di Selangor ni Pas tak tarik diri dari makan bersama gulai dalam satu periuk.dalam periuk tu ada ayam ,ada ikan dan ada daging babi.ikan untuk Pas ,ayam untuk PKR dan babi untuk DAP .ha ,bagaiman hukum kamu makan ikan tersebut? halal ke? sudahlah penjilat dan penghidu kentut hadi .makin di hidu makin wangi dan otak makin mereng.cakap tak serupa buntut.sekarang dah mnegaku menjadi penjilat Umno .mana maruah diri woi.

An Anonymous said...

Betapa terlukanya hati dia bila kita mengata DAP..Malangnya dia langsung tidak terasa apa2 bila TGLGE dan TGLKS mengata TGHH.. Spt yg pernah diungkapkan oleh TGHH sblm ini, memang layak jadi barua DAP..

An Anonymous said...

Setuju tuan.. Aku rasa kalau sekadar bertanya DAP

"Boleh x biarkan org Kelantan nak hudud yg x langsung melibatkan non Muslims dan malah ADUN DAP x de langsung pun di Kelantan..?"

pun jgn harap diaorg berani nak tanya..pulak tu LKS dan LGE sudah pun dianggap sbg tok2 guru depa..

Anonymous said...

Fatwa wali2 dari Umno;

Hudud Adalah Rekaan Ahli Fekah Semata-mata - Dr Mahathir

Negara akan huru-hara sekiranya Undang2 Islam dilaksanakan - Najib Rosmah

“8 dpd 11 negara yg melaksanakan hudud dianggap sbg negara paling korup".


Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw hersabda : “ Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.

Abdul Said said...

Kita tengok PAS kata boleh dapat satu kerusi di Sarawak. Kalau boleh dapat 1 kerusi pasal apa letak ramai calon? Akai ada ka??

Anonymous said...

PAS PARTI PENJUAL AGAMA DIPIMPIN HADI AWANG ULAMAK JAHAT AKHIR ZAMAN.

An Anonymous said...

Mesti anon 6.00 x tergamak utk mengatakan perkara yg sama pd TGLGE .. Sbb tu trlebih layak jd barua DAP!!

Anonymous said...

Pas memg rakan umno,skandal tahung haji pas percaya menteri umno.pas memg patut dipersalahkan dgn kehancuran malaysia.akjs pindaan 2015 masih tak bentang di parlimen,Pas penipu

Anonymous said...

Bengong sungguh..puak2 Pandap ni..

Taiping Taman Jana said...

Aku pas selama lamanya...islam.pan parti barua dap

Taiping Taman Jana said...

Aku pas selama lamanya...islam.pan parti barua dap

Taiping Taman Jana said...

Aku pas selama lamanya...islam.pan parti barua dap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails