Tuesday, February 02, 2016

PKR/Amanah, Mudahkan DAP, Dapat Kerusi MB S'gor.. -Md Shukri Shuib

SHAH ALAM – Jawatan Menteri Besar Selangor boleh terlepas ke tangan DAP jika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal mempertahankan prinsip satu lawan satu di negeri ini dalam PRU akan datang.


Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, beliau yakin DAP akan mengambil alih kerusi menteri besar kerana parti berkenaan juga cenderung meletakkan calon Melayu bertanding dalam pertembungan tiga penjuru.
“Pembentukan Pakatan Harapan termasuk dalam konteks Selangor memudahkan lagi DAP mendapatkan kerusi menteri besar apabila calon Melayu mereka yang bertanding menang.
“Sebenarnya DAP mungkin akan dapat menggantikan Azmin sebagai menteri besar kerana dalam hal ini, PKR dan Amanah jelas memainkan peranan sebagai pembantu strategik pada peluasan pengaruh dan kuasa politik DAP,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, keengganan Pas menyetujui prinsip satu lawan satu juga boleh menyebabkan PKR kehilangan lebih banyak kerusi di Selangor, sekali gus memberi laluan mudah untuk DAP meraih majoriti.
“PKR sudah menjangka kesukaran yang akan mereka lalui di Selangor dalam PRU14 nanti kerana komposisi kawasan di Selangor agak rumit kalau hendak dipecahkan mengikut majoriti kaum dan parti.
“Tambahan pula strategi politik di negeri berkenaan memerlukan penglibatan signifikan undi semua kaum tanpa mengira kawasan bandar atau luar bandar,” katanya.
Beliau berkata, Azmin jelas mahu prinsip satu lawan satu dipertahankan kerana beliau sudah boleh menilai sentimen pengundi pembangkang di Selangor kini terbahagi kepada dua iaitu pro Pas dan pro Pakatan Harapan.
“Senario ini jelas menggambarkan Azmin dan PKR dalam dilema dan tekanan pembahagian pengaruh antara PKR, DAP, Amanah dan Pas di satu pihak lain.
“Seolah-olah berlaku dua kumpulan dalam pembangkang dan PKR seperti di tengah-tengah kumpulan,” katanya. (SH)

18 comments:

Anonymous said...

Biar lah dapat ke DAP dari dapat kepada Din Ayam. Kalau Din Ayam jadi MB lagi haru biru Selangor. Ibnu Hashim akan dilantik sebagai penulis porno untuk lebai-lebai PAS.

An Anonymous said...

Terbukti sudah kajian di atas..PAN akn bantu DAP utk rampas Sgor dari PKR..kih kih kih.. X malu ke PAN..?

Anonymous said...

Apa risau PKR satu lawan satu, Tapi Kawasan Pas jd 3 penjuru dan Pas kalah BN menang. Kawasan Dap juga 3 penjuru tapi Pas hilang taruhan BN bungkus dan DAP menang. MB tetap PKR tapi PAS makan asap dan pecah tabung nak bayar hilang taruhan

Kohilal

Anonymous said...

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda :

“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.

Anonymous said...

BAS PERCUMA SELANGORKU

SHAH ALAM 22 NOV : Kegagalan Kerajaan Pusat menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan mendorong Kerajaan Negeri memikul tanggungjawab itu demi kepentingan dan kemudahan rakyat.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim, berkata walaupun tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat atau mana-mana pihak dan dengan kekangan sumber kewangan yang terhad, Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif perkhidmatan pengangkutan bas awam percuma.
Menurut Chang Khim (DAP-Sungai Pinang), Kerajaan Negeri juga sentiasa bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bagi memastikan sistem pengangkutan awam di Selangor selari dengan pembangunan pesat dan peningkatan penduduk.

"Untuk tujuan itu, Jawatankuasa Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat yang di selaras oleh pihak SPAD dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan membincangkan pelaksanaan inisiatif ini secara bersepadu.

"Antara faktor yang harus diambil kira ialah perkhidmatan ‘FeederBus' yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi perhubungan kawasan kejiranan dengan stesen pengangkutan rel (MRT/LRT) tidak bertindih," kata Chang Kim.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (BN) berhubung perkembangan perkhidmatan pengangkutan awam yang terkandung di dalam Manifesto Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) Pakatan Rakyat.

Ujar Chang Khim, setiap kertas cadangan rangka kerja perkhidmatan bas awam percuma yang disediakan kesemua lapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan diperhalusi mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan berkesan.
Lapan PBT yang terlibat ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSP).
"Secara dasarnya perkhidmatan ini diberikan kepada semua pihak tidak kira sama ada warga emas, miskin dan lain-lain.
"Terdapat juga cadangan yang masih dalam pertimbangan seperti permintaan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) yang mahu mengenakan bayaran RM 0.50 dan cadangan untuk tidak membenarkan mereka yang bukan warganegara menikmati perkhidmatan percuma ini dan sebagainya.

"Kesemua cadangan ini kita akan bincangkan," kata Chang Kim. Beliau juga berkata, perlaksanaan perkhidmatan ini akan diperluaskan ke kawasan luar bandar dan pinggiran bandar jikapermintaan meningkat di kawasan-kawasan berkenaan. Buat masa ini, MBPJ mendahului perkhidmatan bas komuniti percuma sejak tahun 2008 yang meliputi laluan mengikut zon iaitu Zon Petaling Jaya Selatan (PJS) dan Zon Petaling Jaya Utara (PJU).

Abdul Said said...

Sebagai anak Selangor aku sekeluarga rela bermenteri besarkan orang DAP. Hello itu tak semestinya rakyat keturunan Cina. Melayu bijak pun ada dalam DAP. Kalau Cina pun apa salahnya. Dari dapat Melayu keturunan perompak!!Pada bagi kat amenO biar DAp. Melayu assobiyah pandai. Pandai kelentong, pandai kebas tanah, tanah kubur, tanah surau, tanah sekolah ugama dan macam-macam projek gelap lagi. Pas? Hah tak payahlah. Lebai-lebai bercakap dalam surau dan masjid bolehlah. AdA yang kita kagumi sudah kembali ke rahmtullah. Kalau adapun mereka hidup tak guna juga sebab lebai-lebai fotostat melawan secara senyap. Kesian kat Almarhum-almarhum. Itulah sebabnya Allah s.w.t. panggil balik. Ada orang pro hebat-hebat dah kena jebonkan. Yang tinggal Snake, Taliban , Hellfire, Ayam Daging dan yang sebakul dengan mereka!!

An Anonymous said...

Tahniah DAP kerana berjaya mendidik PAN sbg talibarut sehinggalah boleh berfikiran sedemikian rupa spt di atas..

Anonymous said...

Mereka ni suka nak jd singapore biarlah agama kemanapun yg penting negara kaya.padahal yg jaya tu org cina juga.mereka yg tukang sorak tepuk hanya menumpang dibumi sendiri.kononnya pandai sgt tp rela jd kuda

Anonymous said...

Kah2

Anonymous said...

Mengarut aje pensyarah uum ni...yang akan mengacau undi ialah pas...pkr, pan dan dap akan dapat kerusi masing2...pas yg akan bertanding semua kerusi...kan pas dah kata...nak jadi penasihat aje...pas jadi penasihat untuk menangkan umno...

Anonymous said...

7:09 PM....dah pernah gi singapore ke?...masjid kat singapore tu....kalau sembahyang fardhu lebih ramai jemaah dari masjid kat malaysia ni.

Anonymous said...

Bagaimana dgn tempat maksiatnya pula judi arak ada bahagian yg melarang.bkn ke org org islam itu menumpang saham sahaja.islam ini ada amar makruf n nahi mungkar bkn duduk beribadat sj tp kejahatan perlu dibantah.berani org melayu disingapore tu nak membantah kejahatan yg dilakukan org cina tu.sekurang kurang kalau kpop yg tak cukup kain tu masuk malaysia ada yg bising.jgn ingat nak habuan dunia sj tp akhirat kita lupa.

Anonymous said...

Kat Msia ni ada pusat judi terbesar di Asia dlm negeri kelahiran najib. Takde sorang ketua agama atau mufti yg membantah.

Kilang arak terbesar pun kerajaan pusat pimpinan org melayu tk buat apa2 puluhan tahun.

Gunalah akal yg beri Allah dgn bijak dan waras.

An Anonymous said...

Kalau PAN bangkit menentang kesemua di atas ada berani ke nk berdepan dgn DAP??

Dan satu lagi kalau PAS nak bekerjasama dgn UMNO utk hal2 Islam aku yakin DAP nak kerjasama dgn UMNO utk kekalkan hal2 di atas tu ..bagaimana pula dgn PAN..? Agak2 berani ke nak sanggah hasrat DAP tersebut?

Anonymous said...

Suruh Hadi n d gang ulamak2 penipu Pas laksanakan hudud dulu. Dah 60 thn org Islam msia tunggu ni.

Jgn sembang kencang pasal Islam kalo presidennya pun pembohong. Parti penjual agama ada hati nak jd penasihat 25% ketua penyamun najib. kah kah kah

An Anonymous said...

Ya mmg kami sdg berusaha akan perlaksanaan hudud di Malaysia dan x kan jemu akan ke arah itu..

Utk pengetahuan kau kami x akan tergamak nak tolak hudud kalau DAP tolak hudud!!

Anonymous said...

Pan kata tak penting hudud tu penting bg org semua kaya dulu.cuba fikir bagaimana nak semua org kaya bila org kaya jd makin kaya krn mencuri dan tak dpt ditangkap krn guna undang undang kapir.selagi menolak sistem islam selagi itu lah ada kesusahan.islam itu mudah tp ada juga kesusahan yg perlu kita hadapi utk mencapai syurganya.sembahyang itu juga susah krn itu byk org meninggalkannya.begitu juga dgn hudud.sebagaimana kita tdk bleh menolak sembahyang begitulah kita tdk bleh menolak hudud.sangup krn inginkan kuasa mengata pas mengunakan hudud utk dpt kuasa.jika bkn pas kump mana lg yg bersuara utk hudud.pas bkn hanya berjuang utk hudud ttp hudud itu termasuk sistem islam yg tak boleh ditinggal.pan ternyata telah memilih utk berada dibawah label kekeliruan.

Anonymous said...

Persoalannya hudud kat mana skrg? DAP dah tk de nak halang Pas lg.

Ulamak2 penipu Pas takkan buat punya. Mrk memperjudikan Islam utk tembolok masing2.

Ahli2 Pas telah ditipu dulu, kini dan selamanya. Takburrr 3x

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails