Monday, February 01, 2016

DBKL, Selesaikan Isu Gelandangan. -Ustaz Mohamad Noor Mohamad

KUALA LUMPUR: Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa supaya menyelesaikan beberapa perkara terutama membabitkan isu gelandangan dan penempatan peniaga-peniaga kecil di bandaraya sempena sambutan Hari Wilayah pada 1 Februari ini.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohamad Noor Mohamad berkata, pihak DBKL seolah-olah gagal menyelesaikan masalah tersebut sejak sekian lama.
Menurut beliau, sekiranya perkara tersebut tidak diselesaikan, ia akan memberi impak kepada pandangan masyarakat dan pelancong luar yang datang ke bandaraya khasnya Kuala Lumpur.
“Kalau kita menelusuri jalan di Kuala Lumpur pada waktu malam, kita akan melihat ramai gelandangan yang tidak mempunyai kediaman. Itu yang berlaku.
“Selain itu juga, kerajaan tempatan perlu memberi perhatian kepada golongan peniaga kecil yang tidak mempunyai tempat untuk berniaga,” kata beliau ketika dihubungi 15 Januari lalu.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mencadangkan kepada pihak berkenaan supaya menyediakan kawasan lebih baik bagi menjaga kebajikan mereka. Begitu juga isu yang melibatkan peniaga-peniaga di pusat beli belah Ampang Park kerana lokasi tersebut terlibat dengan projek Mass Rapid Transport (MRT).
Beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya menyelesaikan isu tersebut secara holistik agar manfaat dapat dirasai oleh semua pihak terlibat.
Hari Wilayah yang disambut pada 1 Februari setiap tahun sempena pembentukan Kuala Lumpur sebagai ibu negara dan Wilayah Persekutuan pertama pada 1974 dan tema yang dipilih bagi sambutan 2016, ‘Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera’.
Tema itu dicetuskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang mahu menjadikan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sebagai sebuah bandar yang ceria, bersih, indah dan kondusif. (IH)

7 comments:

Anonymous said...

Tuan Hj pun gagal menaikkan nama Pas di Wilayah Persekutuan. Dah terlalu lama pegang jawatan dan beku idea. Cuma program-program mengampu Presiden sahaja sedangkan Pas sepatutnya telah jauh maju ke hadapan sekiranya momentum pada semasa hayat arwah Dr.Lo.Lo dipertingkatkan. Golongan muda semakin menjauhkan diri dari Pas semakin lama tuan haji memegang jawatan PS Wilayah. Cukuplah.

An Anonymous said...

Sabar tn Hj .. Depa nak berpatah balik malu.. Terpaksa teruskan agenda DAP yg telah dipersetujui sblm ini.. Nak harap org Melayu sokong PAN, terus terbayang wajah DAP langsung enggak jadik..

An Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

TOLAK PAS PILIH AMANAH - TPPA

Anonymous said...

Hudud Adalah Rekaan Ahli Fekah Semata-mata - Dr Mahathir

Negara akan huru-hara sekiranya Undang2 Islam dilaksanakan - Najib Rosmah

“8 dpd 11 negara yg melaksanakan hudud dianggap sbg negara paling korup".


Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw hersabda :

“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.

Anonymous said...

SKANDAL CURI BALAK DI KELANTAN

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan skandal rasuah balak di Kelantan bernilai RM5 juta.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan media berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya membuat spekulasi sebaliknya berhubung dengan dengan agensi itu mendapatkan lanjut perkembangan siasatan.

“SPRM percaya usaha pencegahan rasuah dapat dijalankan dengan berkesan jika mendapat kerjasama semua lapisan masyarakat.

“Sebagai agensi tunggal pencegahan rasuah, adalah menjadi tanggungjawab SPRM menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undag sedia ada secara bebas, telus dan profesional tanpa dipengaruhi mana-mana pihak,” kata SPRM.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam sidang media pada Rabu mendakwa SPRM tidak bertindak terhadap laporan skandal rasuah balak di Kelantan walaupun telah menyerahkan 50 dokumen berkaitan.

Anonymous said...

PAS perjudikan Islam demi habuan dunia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails