Wednesday, February 03, 2016

Gerai Di Jalan Baru Depan Sunway Hotel Penang: Ini Takpa, Boleh Pejam Mata?

Gerai-gerai di Jalan Baru depan Sunway Hotel Penang

Mengapa pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) seolah-olah memejam mata terhadap gerai-gerai di Jalan Baru depan Sunway Hotel Penang, soal Suara Tajdid Parlimen Bayan Baru.

Soalan itu dilontarkan, dipercayai berikutan tindakan rakus MBPP merobohkan gerai-gerai peniaga kecil Melayu dekat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar hari ini dan di Farlim, Air Itamsemalam.

Suara Tajdid mendedahkan bukan setakat tiada sebarang tindakan terhadap gerai-gerai di Jalan Baru depan Sunway Hotel, malah pihak MBPP turut memberi keistimewaan kepada peniaga-peniaga kecil di tepi jalan itu.

“Telah lama mereka berniaga di sini. Semasa zaman PR 2008, peniaga-peniaga ini diberi kelebihan, PBT menutup jalan dan jadikan (jalan) sehala setiap hari bermula jam 4 petang.
“Inikah wajah bersih, hijau dan sihat di Pulau Pinang ?
“Jalan menjadi teramat sesak dan peniaga dibenarkan meniaga di atas jalan raya bukan setakat itu sahaja, paip dan meter PBA (Perbadanan Bekalan Air) pun disediakan sekali,”dedahnya.

Sikap ‘double standard’ pihak MBPP itu seolah-olah telah mengesahkan dakwaan rasis yang sering diperkatakan sebelum ini.

“Keseluruhan peniaga di sini adalah Non Muslim, kenapakah tindakan tidak diambil ?
“Jika diambil pun sekadar melepaskan batuk ditangga.” dedahnya lagi.
line clearTindakan MBPP dianggap kontradik apabila mereka sentiasa memburu dan mencari kesalahan Restoran Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang, sejak dari tahun 2014. 
Pemilik restoran nasi kandar Line Clear , Abdul Hamid Seeni Pakir, menunjukkan restorannya telah dibersihkan oleh MBPP

Pengendali restoran berkenaan, Abdul Hamid Seeni Parkir, bukan setakat dikenakan denda oleh pihak MBPP, malah barang-barang perniagaan mereka turut disita. MBPP juga telah membatalkan lesen perniagaan restoran berkenaan.

Selepas restoran itu gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk membuat semakan kehakiman tindakan MBPP yang telah membatalkan lesen peniagaannya, pemilik restoran itu mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.
Salim Madinah, 37, wakil bagi pihak Abdul Hamid berkata, mereka sekeluarga telah bertekad untuk berhijrah dan mencari rezeki di ibu kota negara.
“Redha Allah dan kami berhijrah ke KL” kata Salim kepada Astro Awani bersempena pelancaran restoran itu di Kampung Baru, KL pada 29 Jan lalu.

6 comments:

Anonymous said...

Parti Dapig adalah parti perkauman yang cuba menghancurkan perniagaan orang Islam dan membiarkan 26 kampung Melayu dirobohkan di PP, berusaha menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah. Sebaliknya, kaum Dapig mendapat hak milik tanah 999 tahun semasa parti Dapig berkuasa di Prk !

Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir pengkhianat yang mendakwa diri mereka beragama Islam menyokong parti Dapig yang menentang Islam dan menindas orang Islam. Pengkhianat-pengkhianat ini sanggup diperalatkan oleh sifu roket penang mali untuk melemahkan atau memusnahkan parti Islam yang sedang berusaha melaksanakan ajaran Islam sebagai cara hidup orang Islam.

Pengkhianat-pengkhianat bangsat ini sanggup menjadikan orang kafir sebagai pemimpin mereka walaupun Islam melarang orang Islam melantik orang kafir sebagai pemimpin orang Islam. Jika pengkhianat-pengkhianat ini mati, tanam sahaja mayat mereka di jirat China kerana menyokong Dapig menentang Islam.

Anonymous said...

KAH KAH KAH..

Anonymous said...

kah..kah..kah..tak tau pulak aku seblm ini semua melayu yg jadi ketua menteri..saja tanya jangan marah noo!

Anonymous said...

Ada aku kisah,hi3x

Nasrudin Abd Shukor said...

Berani umno buat pemilihan kerajaan tempatan....mana berani.inilah senjata umno..gunA MBPP utk alihpandang kononnya DAP nindas org org melayu...pas pis pus dah sama umno/bn jugak...takut adakan pilihanraya kerajaan tempatan..hampeh pun OAS pis pus

Nasrudin Abd Shukor said...

Berani umno buat pemilihan kerajaan tempatan....mana berani.inilah senjata umno..gunA MBPP utk alihpandang kononnya DAP nindas org org melayu...pas pis pus dah sama umno/bn jugak...takut adakan pilihanraya kerajaan tempatan..hampeh pun OAS pis pus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails