Friday, January 22, 2016

Pengendali 'Nasi Kandaq' Line Clear 'Tersandaq', Diminta Kosongkan Kedai..


PENGENDALI restoran popular Nasi Kandar Line Clear diberi tempoh tiga minggu untuk mengosongkan kedai di Jalan Penang, George Town, Pulau Pinang. 

Keputusan dibuat berikutan kegagalan permohonan pengendalinya, Abdul Hamid Seeni Parkir, 67; di Mahkamah Tinggi di sini bagi membatalkan keputusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 2014.

Menurut Pesuruhjaya Kehakiman Collin Lawrence Sequerah, MBPP mempunyai budi bicara dan kuasa bawah Akta Kerajaan Tempatan untuk memberikan lesen kepada peniaga berkenaan berdasarkan sistem penggiliran.

“Keputusan majlis itu adalah mengikut undang-undang, rasional dan sah,” ujar Collin.
Sementara itu, peguam Abdul Hamid iaitu M Kumar secara lisan memohon penangguhan sementara menunggu rayuan interim tetapi telah ditolak oleh mahkamah.
Sebelum ini dilaporkan, MBPP telah mengeluarkan lesen untuk operasi Line Clear atas nama Abdul Latiff tetapi Abdul Hamid memperoleh penggantungan pelaksanaan daripada Mahkamah Tinggi terhadap MBPP.
Restoran tersebut dilaporkan menghadapi masalah pelesenan disebabkan persengketaan keluarga.
Lesen restoran sepatutnya dikeluarkan setiap tahun kepada empat sepupu – Abdul Hamid, Abdul Latiff, Sahubarali China, dan Pathumah. (Sumber: mStar Online)
Komen Weblog Ibnu Hasyim Restoran popular Nasi Kandar Line Clear itu menimbulkan nostalgia atau 'terkenang semasa dulu' pada saya Ibnu Hasyim di tahun-tahun 1970an.

Waktu itu antara tahun 1972 hingga 1974.. 
  • saya jadi penarik beca di bandaraya Pulau Pinang. Hampir tiap hari, saya makan 'nasi kandaq' di situ. Sedap dan agak biasa harganya.
  • Saya belajar sambilan di Sekolah Agama Al-Mashhor, Lebuh Tek Soon Pulau Pinang (terletak di Tapak Komtar sekarang). 
  • Saya belajar kelas tambahan bahasa Manderin di Penang Road.
  • Berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jelutung Pulau Pinang. Pagi saya makan nasi kandar di kedai bawah pokok ketapang depan Masjid Jelutung. Sekarang ni tak tahu le, ada ke tidak lagi kedai tu.
Kini, restoran popular Nasi Kandar Line Clear, rupanya akan clear sungguh, diminta kosongkan kedainya. Pengendali ini nasi kandaq, mula nak tersandaq!!
Video: Hati Rindu (Terkenang Semasa Dulu).. R.Azmi.


1 comment:

Anonymous said...

Sudah berpuluh tahun buat untung, apa salahnya menjadi sebuah restoran yang mempunyai premis yang baik. Bila lagi nak berubah, Malaysia dah hantar angkasawan oooi. Nama dah ada, masakan sedap... kalau berubah ke premis baru takkan hilang bisànya. Kecualilah sebahagian resepi masakan adalah bau-bau berkuap lorong dikira sebagai penyedap rasa. Jangan kata tak ada duit kalau boleh guna loyar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails