Saturday, January 23, 2016

PKR, DAP Hipokrit! -Dedah PSM.

KL: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mendedahkan sikap hipokrit Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Jurucakapnya Sivarajan berkata, PKR dan DAP paling kuat menentang TPPA di dalam negara tetapi enggan menyertai protes besar-besaran yang bakal mendapat perhatian masyarakat dunia. Beliau mendedahkan PKR dan DAP enggan menyertai perhimpunan itu kerana khautir akan menyinggung perasaan Amerika Syarikat.

“PSM telah berjuang melawan perjanjian perdagangan bebas sejak 2006. PSM telah menganjurkan bantahan di Kedutaan Amerika Syarikat membantah kepentingan korporat AS.
“DAP dan PKR masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu dan lebih suka untuk tidak menyinggung perasaan Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sivarajan berkata, PSM akan meneruskan perhimpunan tersebut walaupun tanpa penyertaan PKR dan DAP bagi membantah TPPA. Beliau turut menyifatkan pimpinan DAP dan PKR terutama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai individu yang tidak matang.

PSM sebelum ini memohon PKR dan DAP yang sering mewar-warkan tentang keburukan TPPA menyertai perhimpunan esok tetapi kedua-dua parti itu sekadar membisu. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails