Sunday, January 24, 2016

Dedah Lagi! Guan Eng Klien Pengurus Dana Berpengaruh Di Hong Kong?

lim korupApakah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah klien Dato’ Cheah Cheng Hye, seorang pengurus dana kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong.
Perkara ini dibangkitkan oleh WakeUp Malaya ketika mendedahkan rahsia nombor plat kenderaan PENANG di Hong Kong yang sering digunakan Lim ketika berkunjung ke negara itu.
Plat kereta PENANG yang digunakan Lim itu dimiliki Dato Cheah dedah WakeUp Malaya yang menggambarkan betapa akrabnya hubungan mereka berdua.

lim-cheahLim Guan Eng meraikan Dato ‘Cheah Cheng Hye, Pengerusi & Ketua Pegawai bersama Pelaburan Value Partners Limited (tengah)

Adakah Lim Guan Eng klien Datuk Cheah?
“Berapa banyak pelaburan yang telah dibantu dibawa masuk oleh Datuk Cheah ke dalam Malaysia, atau secara spesifiknya untuk Pulau Pinang? Atau tiada langsung?
“Apakah hubungan mereka dan mengapa Datuk Cheah kerap meminjamkan kereta beliau kepada Lim Guan Eng? adakah mereka sekadar kawan?,” soal WakeUp Malaya.
Nama Cheah sebelum ini pernah didedahkan salah seorang kroni Lim, namun tiada perkaitan projek yang dikaitkan dengannya di Pulau Pinang.
Berbeza dengan kroni-kroni yang lain, mereka sekurang-kurangnya mempunyai hubungan dengan Betty Chew (isteri Lim) atau Lim Hooi Eng (adik Lim), namun Cheah hanya mempunyai hubungan terus dengan Lim secara berasingan.
Menurut The Star, Cheah asalnya seorang wartawan kini menjadi salah seorang yang paling berpengaruh di Asia dalam perlindungan nilai dana di Hong Kong.
“Hari ini, Cheah menggerakkan pelaburan terbesar di Hong Kong, menguruskan dana bernilai US $ 9bill (RM28.7bil) dari pelabur di seluruh dunia.
“Tahun lepas, beliau menjadi pemain Asia pertama yang dijemput untuk berucap di Majlis Sarapan Graham dan Dodd acara yang berprestij di Universiti Columbia, New York,”lapornya.
Cheah mula menetap di Hong Kong pada tahun 1974 selepas mendapat tawaran Standard Hong Kong sebagai wartawan kewangan dengan Asian Wall Street Journal dan Far Eastern Economic Review.
Pada tahun 1993, Cheah mula menceburi bidang pelaburan dengan mengasaskan syarikat pelaburan sendiri iaitu Value Partners Limited.
Pada tahun lepas TIBAI pernah mendedahkan kekayaan Lim kini sudah sampai ke peringkat tidak mampu disorok lagi.
“Lim Guan Eng sudah terasa kehangatan apabila kemewahan yang dipertontonkan oleh isterinya secara umum, mula mengaitkan mereka dengan skandal kewangan melibatkan syarikat dan entiti pemaju hartanah. Apatah lagi menerusi perlantikan isterinya yang mempunyai kuasa terus ke atas tanah-tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang, menambahkan lagi syak wasangka, walaupun pada masa yang sama, Lim Guan Eng cuba menggunakan kebijaksanaan akauntan dan auditor untuk menipu imbangan perakaunan serta laporan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
“Secara jelas, Lim Guan Eng mengikut jejak langkah keluarga Lee Kuan Yew yang telah memiliknegarakan Singapura untuk keluarga mereka sendiri, terutama yang berkaitan dengan perumahan, hartanah dan tanah di seluruh Singapura, sehinggakan syarikat guaman tunggal yang menguruskan isu-isu tanah dan hartanah di negara seberang tambak itu.
“Dengan menggunakan Tan Kok Ping yang merupakan taikun hartanah yang cuba menguasai industri tanah dan hartanah di Pulau Pinang beberapa isu lain termasuklah tender terbuka yang ‘tertutup’ membabitkan tapak bekas kelab lumba kuda Pulau Pinang yang diserahkan kepada Berjaya Group serta syarikat ‘serta-merta’ dari China yang mendapat projek berbilion ringgit untuk terowong bawah laut Pulau Pinang, merupakan sebahagian daripada sumber kekayaan melampau Lim Guan Eng sekeluarga.
“Begitu juga dengan penarahan bukit-bukau serta perampasan tanah-tanah wakaf yang menjadi perkampungan orang Melayu tetapi tidak berdokumen untuk dimusnahkan dan diserahkan kepada syarikat-syarikat pemaju kroni Lim Guan Eng bagi pembangunan hartanah yang sangat mewah dan mahal, SPRM seharusnya melakukan siasatan secara terperinci dan tidak perlu bergantung kepada laporan awam semata-mata.
“Dengan pendapatan dan perolehan selain pelaburan ke dalam Pulau Pinang yang menjunam di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perbelanjaan besar oleh Lim Guan Eng untuk kepentingan dirinya, dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan perompakan besar,” dedahnya.
betty

5 comments:

mohd shahran said...

ni setan umno

Anonymous said...

contohilah din ayam menantu hadi yang tetap hidup dalam kesederhanaan sebagai penjual ayam di pasar malam sekalipun beliau boleh dan mampu memegang jawatan yang tinggi serta bergaji besar dalam GLC di selangor dan mampu hidup mewah. tapi din ayam tetap tidak mahu semua itu kerana din ayam berjuang dalam pas demi mencari keredhaan Allah tanpa mengharapkan sebarang kemenangan dan apa2 jawatan dan pangkat demi menjaga nama baik ayahanda mertua beliau haji hadi. ikutlah sikap terpuji din ayam ini wahai walaunta2 pas. wassalam dari din tak berapa nak ayam. muahahaaaaaaaa

An Anonymous said...

Macam biasa kelemahan LGE x mahu diterima dgn hati terbuka atau dgn berlapang dada atau jika boleh diumpamakan seperti bila nak mati kalau diberi kesempatan utk mengucap atau memuja LGE pastilah memuja LGE yg jadi pilihan utama!!

Sebaliknya pula 'kelemahan' TGHH pula sekiranya ada begitu konsisten direkyarasa oleh pemacak bendera roket DAP.. Na'u zubillaah..

Anonymous said...

terimalah kenyataan wahai walaunta2 pas sekalian bahawasanya aji hadi memang seorang yang lemah. terbukti kelemahannya apabila hanya mampu menjadi MB Terengganu selama sepenggal sahaja. dan semakin terserlah kelemahannya semalam apabila beliau berkata TPPA akan menguntungkan peniaga2 cina sedangkan beliau lupa(mungkin sebab dah nyanyuk) yang akan menandatangani perjanjian TPPA ialah orang yang berbaju sedondon dengan beliau tempohari. macam ni tahap presiden? hadoiiiiiiiiiiiiiii

Anonymous said...

Kalau betul bagai dikata....akhbar menjadi gila 7hari 7malam...pihak berkuasa akan menyerbu serta merta...yang percaya cerita ini....mungkin orang gila....ataupun yang berpeluk dengan orang gila kerana berlapang dada kononnya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails