Wednesday, January 27, 2016

China Rancang Bina Loji Kuasa Nuklear Di Tengah Laut.

china flag
BEIJING, Rabu – China sedang mempertimbangkan pembinaan loji kuasa nuklear di tengah laut, tetapi hanya di bawah syarat-syarat yang benar-benar selamat, lapor agensi berita, Xinhua China yang memetik kata seorang pegawai kanan nuklear, hari ini.
Negara itu akan menjalankan kajian yang berhati-hati dan saintifik sebelum ia membuat keputusan itu, kata Pengarah Lembaga Tenaga Atom China, Xu Dazhe, pada sidang akhbar.
Sebagai sebuah negara membangun, China memerlukan tenaga yang banyak tetapi berada di bawah tekanan alam sekitar, katanya, sambil berkata bahawa negara itu perlu mengeksploitasi sepenuhnya sumber-sumber maritim.
Xu menegaskan bahawa China akan kekal dengan penggunaan tenaga nuklear yang selamat dan aman dan pembangunan sumber maritim di perairan itu akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan itu.
Pada masa ini, China mempunyai 30 unit nuklear menjana kuasa dengan kapasiti 28 juta gw dan 24 unit lagi sedang dalam pembinaan, semuanya berada di atas muka bumi. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails