Wednesday, January 27, 2016

Tolak Negara Islam, Penguatkuasaan Syariah & Larangan Murtad -Forum Tajaan Badan Pemikir DAP




akyolPenulis dan wartawan Islam Turki, Mustafa Akyol berkata istilah seperti negara Islam atau polis agama, atau hukuman mati untuk pesalah murtad, adalah hasil daripada pemahaman al-Quran secara literal dan mengabaikan konteks tertentu.

Forum tajaan badan pemikir DAP, Penang Institute menolak konsep Negara Islam, penguatkuasaan undang-undang syariah dan larangan Muslim untuk menukar agama (murtad).
Perkara itu ditegaskan oleh pengucap utama forum berkenaan, Mustafa Akyol, semasa menyampaikan ucap utama forum bertajuk “Bolehkah Islam menjadi Liberal?”, di Hotel Concorde, 23 Januari.
Mustafa Akyol yang merupakan seorang penulis dan wartawan Turki berfahaman klasik Liberal berkata sepanjang pembacaannya, beliau tidak pernah menemui istilah seperti negara Islam atau polis agama (penguatkuasaan undang-undang syariah) dalam al-Quran.
“Terdapat perkataan khalifah dalam al-Quran tetapi ia bukan sebuah institusi politik.
“Ia merujuk kepada kita semua sebagai khalifah, kerana kita merupakan wakil yang membawa suruhan Allah.
“Saya juga tidak pernah mendengar tentang polis agama dalam al-Quran,” katanya pada forum anjuran bersama Penang Institute, G25 Malaysia dan IRF (Islamic Renaissance Front), lapor The Malaysian Insider.
Akyol berkata satu lagi masalah bagi umat Islam hari ini adalah berfahaman “literalis” terhadap undang-undang syariahseperti hukuman pesalah murtad, di mana seseorang boleh dihukum bunuh kerana melakukan kesalahan itu.
Beliau berkata, bagaimanapun, pandangan lebih mendalam ke dalam isu ini akan menunjukkan semua ulama yang hidup pada ke-8 dan ke-9 – tempoh peperangan antara orang Islam dan kuasa lain – dipercayai murtad bermaksud “sekumpulan umat Islam meninggalkan angkatan tentera Islam dan menyertai musuh”.
“Ini adalah pengkhianatan besar, seperti yang kita gelarkan hari ini, tiada regim akan bertolak ansur jika tenteranya menyertai musuh.
“Jadi, apabila kita cuba untuk memahami niat larangan murtad, untuk memahami situasi pasa masa kini, menukar agama adalah suatu perkara melibatkan hati nurani, ia tidak bermakna pengkhianatan yang tinggi kepada tentera.
“Kita harus lebih berhemah dalam menangani isu itu, sudah tentu kita tidak mahu melihat umat Islam meninggalkan agama, kita boleh bercakap dengan mereka, kita boleh cuba untuk memujuk mereka.
“Tetapi kita tidak harus membunuh mereka, ini kerana penganut Kristian tidak membunuh penganutnya yang memeluk Islam,” katanya.
forum
Ucap utama Akyol akan dibahas oleh tiga ahli panel; Dr Maszlee Malik, Wan Saiful Wan Jan dan Dato’ Dr Mujahid Yusoff Rawa.
Dr Maszlee adalah Ahli Majlis Syura IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia), nama baharu kepada JIM (Jemaah Islam Malaysia) yang susur galurnya daripada pertubuhan pelajar Malaysia (underground) di United Kingdom yang dinamakan IRC (Islamic Representative Council).
Sealiran dengan Dr Maszlee adalah Dr Mujahid Yusof yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) pusat dan Pengerusi PAN Pulau Pinang.
Wan Saiful Wan Jan pula adalah bekas Mursyid Hizbi (Hizbul Islami), satu pertubuhan pelajar underground yang dikaitkan dengan PAS di United Kingdom.
Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs), Editor AkademiMerdeka.org, projek anjuran Atlas Global Initiative, Naib Presiden Rangkaian Istanbul untuk Liberty dan satu-satu ahli dari Malaysia dalam ‘Mont Pelerin Society’, sebuah pertubuhan Liberal peringkat dunia.
Wan Saiful dan Dr Aziz Bari bersama-sama menggerakkan IDEAS untuk menjayakan agenda liberalisme di Malaysia. (AIDCNews- 27/1/16 )

3 comments:

Anonymous said...

Fatwa wali2 Umno;

Hudud Adalah Rekaan Ahli Fekah Semata-mata - Dr Mahathir

Negara akan huru-hara sekiranya Undang2 Islam dilaksanakan - Najib Rosmah

“8 dpd 11 negara yg melaksanakan hudud dianggap sbg negara paling korup".

PAS PARTI AJARAN SESAT PENJUAL AGAMA DIPIMPIN HADI AWANG ULAMAK JAHAT AKHIR ZAMAN.

bat8 said...

Tuan Haji

Itu hak depa untuk buat. Kita negara demokrasi. Depa tentunya sudah mendapat kebenaran untuk mengadakan forim tersebut.

Kita hidup di abad 21. Jadi mana badan pemikir PAS. Mereka mengadakan forum, jadi badan pemikir PAS juga mempunyai hak mengadakan forum atau apa2 langkah sesuai untuk memperbetulkan salahfaham tentang apa yg disebut didalam forum tersebut.

Tyan Haji pun xsanggah apa2 pun. Bersikap matanglah. Jangan buat perangai budak tadika kemas menyalak xtentu hakam Kat org suruh bersikap matang menilai....tang kita bokeh hentam dan rempuh ikut suka..gitu ke sikap tuan gaji dan PAS sekarang? Paling tidak su4uh la Zuhdi respon...tu memang kerja dia...

Anonymous said...

dunia akhir zaman...islam diperkotak katik...hukum Allah dibincang utk ditidakkan bukan utk ditegakkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails