Wednesday, January 27, 2016

MB Kedah Angkat Sumpah Esok?

Majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baharu dikatakan akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar esok.

ALOR SETAR – Majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baharu dijangka diadakan dalam tempoh terdekat dan kemungkinan besar berlangsung di Istana Anak Bukit di sini esok.
Menurut sumber, kakitangan-kakitangan kerajaan negeri yang terlibat dalam majlis tersebut telah diminta bersiap sedia untuk majlis tersebut.
“Saya dengar persiapan sudah mula diadakan dan dikatakan raptai majlis itu akan diadakan esok (hari ini).
“Saya boleh kata, lebih 80 peratus kemungkinan majlis itu diadakan pada Khamis ini,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, satu lagi sumber memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kebiasaannya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada setiap Rabu.
“Kita jangka ada sesuatu yang akan diputuskan esok (hari ini) dan majlis angkat sum­pah itu akan diadakan dalam masa terdekat iaitu selewat-lewatnya hujung bulan ini,” katanya.
Sementara itu, sumber me­nyatakan, Mukhriz dijadual mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman pagi ini. (Kosmo))

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails