Monday, January 25, 2016

Seks Bebas: Pendidikan Seks Perlu Segera -Ahli akademik


KUALA LUMPUR, Isnin – Subjek pendidikan seks dalam kalangan remaja perlu diperkenalkan segera bagi mengurangkan risiko hubungan seksual bebas berlaku, kata beberapa ahli akademik.
Anggota Jawatankuasa Kluster Pembangunan Sosial Majlis Profesor Negara, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata masalah utama hubungan seks bebas berlaku apabila remaja tidak mempunyai ilmu mengenai strategi perkembangan seksual diri masing-masing.
Justeru, katanya pendidikan seks perlu diajar kepada semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga ke hujung remaja sebelum mereka masuk ke alam dewasa.
“Kurikulum berkaitan pengurusan pertumbuhan dan perkembangan seksual individu harus ada mengikut peringkat perkembangan misalnya awal kanak-kanak (3-5 tahun), pertengahan (6-8 tahun), hujung (9-12 tahun) dan awal remaja (13-15 tahun).
“Setiap peringkat mengalami perkembangan seksual yang berbeza yang wajib ditangani oleh setiap individu secara sihat dan sejahtera,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada masa sama, beliau turut mencadangkan supaya subjek pendidikan seks mestilah menggunakan nama yang lebih sesuai kerana perkataan seks terlalu sensitif dalam kalangan masyarakat.
Pakar sosial Universiti Putra Malaysia, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran pula berkata hasil kajian yang dilakukannya mendapati 85 peratus responden remaja yang melakukan hubungan seks didorong atas faktor keseronokan.
Mohammad Shatar berkata, ini menunjukkan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup jelas mengenai implikasi negatif dan kesan yang terpaksa ditanggung sekiranya terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral itu.
Katanya, adalah wajar pendidikan seks didedahkan pada peringkat pendidikan bermula seawal daripada tahap tadika seperti mana yang dilaksanakan di beberapa negara maju lain.
“Tidak guna diajar ketika umur belasan tahun…pada peringkat ini mereka sudah matang, boleh membuat keputusan sendiri dan mendapatkan pelbagai maklumat dan diolah mengikut kefahaman masing-masing.
“Isi kandungannya mestilah jelas dan menyeluruh selari dengan peringkat kefahaman setiap golongan sasar,” katanya.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan pula berpandangan silibus pendidikan seks perlu diberikan penekanan khas dalam subjek berkaitan kesihatan atau agama selain diwajibkan dalam peperiksaan.
Misalnya, kata Hashim, dari sudut kesihatan pendidikan seks boleh dikaitkan dengan risiko jangkitan HIV/AIDS manakala agama pula boleh membawa kepada masalah anak luar nikah.
“Pendidikan seks yang diajar sekarang tidak begitu serius dengan tidak ada sokongan fakta atau statistik kesan hubungan seksual sehingga mengakibatkan remaja memandang remeh isu berkenaan.
“Penambahbaikan silibus pendidikan seks perlu dilakukan agar memberi lebih kesedaran sekali gus menjadikan mereka berwaspada dengan budaya songsang itu,” katanya.
Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim pula berpendapat pencegahan hubungan seksual dapat dilakukan lebih awal melalui bimbingan ibu bapa di setiap rumah.
Beliau berkata, mereka perlu mengawasi dan memantau anak-anak mereka terutamanya selepas meningkat ke alam remaja.
“Fenomena sekarang ibu bapa hanya mengambil berat anak-anak mereka ketika di sekolah rendah…tapi bila masuk sekolah menengah, mereka abaikan.
“Sedangkan ketika itu anak-anak amat memerlukan perhatian di mana keinginan mencuba sesuatu di luar pengetahuan mereka adalah amat tinggi. Budaya malu menegur berkenaan seksual harus dikikis,” katanya. – Bernama


Seks bebas, begini tidak mustahil berlaku di negara ini. Perjuangannya di Malaysia sudah lama. Contohnya, untuk dapatkan hak bernikah lelaki sama lelaki dan perempuan sama perempuan, didesak secara terbuka. Amalan seks bebas ini juga dituntut oleh masyarakat lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) ..

4 comments:

Anonymous said...

Entah bagaimana dgn pemikiran ahli akademik kita ini ia bkn ttg ilmu seks yg cg malu nak menerangkan n murid malu nak ambik tahu.ia hanya spt hal yg semua org tahu.ia adalah ttg kefahaman ttg agama n moral.itu yg perlu lebih ditekankan.sudah terlalu byk subjek disekolah knpa nak peningkan kepala guru n murid dgn pendidikan yg spt tak perlu ini.keruntuhan moral adalah krn sistem pendidikan yg tdk kemas bkn krn masalah pendidikan seks.

Anonymous said...

kalau ye pon jgn la letak pic tak senonoh sekali , awat wajib ka letak pic2 macam tu , hoiiii macam ni ka pengikut ulamak , ulamak hang pa ajaq macam ni ka

**** lupa nak tanya sapa yg kantoi pergi jerman tgk cita biru masa kat hotel tu

**** pak hashim boleh siasat tak kah kah kah kah ... mulut berapi2 ckp pasal al quran n sunnah tp dlm hati allah yg tahu

Anonymous said...

Kasihan melihat ahli-ahli akademik yang berkiblatkan Barat cuba melaksanakan teori pendidikan Barat untuk menyelesaikan masalah sosial negara ini sedangkan kita semua telah mengetahui teori-teori pendidikan Barat telah gagal menyelesaikan masalah keruntuhan moral atau akhlak. Bahkan teori pendidikan Barat menjadi punca keruntuhan akhlak di barat !

Sepatutnya kita semua mengamalkan ajaran agama Islam dan teori pendidikan Islam yang telah ditulis oleh pakar-pakar pendidikan Islam yang terkenal untuk menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak di negara ini!

Langkah yang terbaik ialah tukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.

Anonymous said...

Anon January 25, 2016 at 12:37 PM,

Hanya yang jahil saja yang berlagak pandai menghukum dalam hari orang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails