Thursday, January 28, 2016

Dewan Rakyat Kecoh, MP DAP Sokong TPP?


KUALA LUMPUR - Suasana sesi perbahasan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pagi ini kecoh apabila ahli-ahli Parlimen mencelah ketika Ahli Parlimen (DAP-Serdang), Ong Kian Ming sedang berbahas di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Parit Sulong-BN, Datuk Noraini Ahmad diberi laluan mencelah dan beliau mengatakan Kian Ming sebenarnya bersetuju dengan TPP namun mahu ia ditambah baik.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada YB Serdang atas hujah dan cadangan jawatankuasa tersebut di mana saya rasa ia elok dan saya juga bersetuju.
"Jadi, secara tak langsung semua (hujah) dan celah-mencelah terutama daripada Shah Alam (Khalid Samad), menunjukkan bahawa YB Serdang sebenarnya setuju dengan TPP ini cuma nak menambah baik sahaja," katanya.

Namun, Kian Ming segera menegaskan bahawa beliau akan menolak TPP semasa pengundian dan ia disambut dengan tepukan pada meja oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.

"Apa yang saya hujahkan ialah saya berdepan dengan realiti. Ia memang akan dilaksanakan. Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya beri cadangan agar proses ini boleh diperbaiki," katanya.

Khalid Samad kemudiannya pantas mencelah dan mendakwa ahli-ahli Parlimen BN telah mendapat arahan parti untuk menyokong TPP.

"Kita dah tahu dah, kamu semua akan sokong (TPP)," katanya yang mengundang kekecohan sekali lagi.

Noraini juga mendakwa Khalid Samad telah mendapat arahan untuk menolak TPP daripada parti.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kemudiannya menenangkan keadaan dan meminta Ong Kiang Ming menyelesaikan hujahnya. (SH)

7 comments:

Anonymous said...

Ibn .manusia dah cerdik .bolih fikir .olih lihat dan bolih denagr serta bolih membaca.kau ni mengapa bodoh tahap bangang? biarlah kau aje yang bdoh janganlah pula untuk emnyokong seseorang kau nak perbodohkan orang lain pula.biar kau aje yang menghidu kemtut ulamak Pas selamnya.

Anonymous said...

anjing dap meroyan lagi

Anti Fitnah said...

Kenapa budaya yang ditegah Islam amat disukai oleh orang "Islam" hari ini?
Kalaulah benar hangpa ni sayang akan ulama (ketua) hangpa sekalipun, tak kan sampai nak beri gelaran kat orang lain. Bukankah sekali hang sebut anjing sekali kat orang lain, hang dah jadi tiga kali anjing malahan pariah lagi? Hujahlah dengan cara baik dan bernas.
Memang benar kata-kata pembangkang. Sidang parlimen kali ini hanya lakonan sahaja. Hujah bernas macam mana sekali pun, jawapan sudah diketahui. Maklumlah MP Malaysia hari ini bukan undi dengan bijaksana tapi lebih kepada bijaksini.
Entahlah pembohongan, gelaran keji, ... sudah sinonim dengan orang Melayu hari ini. Kalau tak mohong, bukan Melayu namanya. Kalau tak panggil orang lain anjing atau babi, maka bukan Melayu namanya. Mungkin Melayu berbudaya begini kot. Islam mana ada budaya macam ni. Budaya Islam ikut sunnah. Pesan nabi jangan sekali-kali kita memberi gelaran buruk pada orang lain. Kita ikut tak? Kita tak ikut sebab kita Melayu. Entahlah ... Pak Hasyim ada jawapan kot sebab Pak Hasyim kat ulamak juga.

Anonymous said...

eloklah tu dap jd penasihat bn dlm hal tppa...tpi pan belum layak lg jd penasihat kcuali diakui oleh dap.

bat8 said...

Tuan Haji

Ini yaƱg dipertikaikan. Tang semua MP PAS xhadir tqklimat rasmi TPPA kepada semua MP, buat senyap bodo la ye? Sedangkan ini isu besar. Kalau semua MP PAS ponteng, dari mana lagi MP PAS hendak me dapat maklumat sahih st3ntang TPPA? Dari taklimat rasmi inilah bol3h tahu kat mana kebaikan dan kat mana keburukan TPPA ini.

Teruk betul sikap rasisma Tuan haji. Samalah dok pertikai bagai nak rak DAP tolak hudud. Bila MCA dan Gerakan tolak hudud pulak, senyap sesepinya. Agaknya MCA dan Gerakan tu gerakan Islam la kot?

Anonymous said...

TPPA;
T : Tolak
P : Pas
P : Pilih
A : AMANAH

Anonymous said...

Bila Org gila bersuara.. dia je yg paham..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails