Thursday, January 28, 2016

Hanya 3 Exco Kedah Hadir Mesyuarat Bersama Mukhriz

Aminuddin tiba di Wisma Darul Aman di Alor Setar bagi menghadiri mesyuarat Exco bersama Mukhriz semalam.
ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini semalam biarpun hanya dihadiri tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Exco kerajaan negeri.
Difahamkan mesyuarat yang berlangsung setiap Rabu itu hanya dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Kesenian Kebudayaan, Pembangunan Insan, Datuk Aminuddin Omar; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat, Datuk Suraya Yaacob serta Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia, Datuk Norsabrina Mohd. Noor.
Aminuddin dilihat memasuki Wisma Darul Aman pukul 10.10 pagi dengan melambai-lambaikan tangan ke arah wartawan yang berkumpul di luar pagar bangunan tersebut.
Lihat juga..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails