Wednesday, January 27, 2016

Impian Bandar Tanjung Pinang, Ambil 3.67 Ekar Tanah P.Pg?

proposalBuat masa ini, belum ada apa-apa perkembangan mengenai Projek Terowong Dasar Laut, namun sudah ada tanda-tanda bahawa Ewein Zenith Sdn Bhd akan mengambil tanah seluas 3.67 ekar untuk membina bandar impian di Tanjong Pinang.
Menurut laporan the Edge Property, 16 Jan, Ewein Zenith Sdn Bhd kini sedang merancang untuk melancarkan bandar impian bernilai RM800 juta di Bandar Tanjong Pinang, Pulau Pinang pada suku pertama tahun ini.
Ewein Zenith dimiliki bersama oleh Ewein Bhd (60% saham) dan Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (40% saham).
Pengerusi Ewein Bhd adalah Dato’ Ewe Swee Kheng, manakala Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (Zenith) adalah Dato’ Zarul Ahmad Bin Mohd Zulkifli.
Bandar impian yang dibina oleh Ewein Zenith itu adalah projek pangsapuri mewah dua menara 38 tingkat dengan 572 unit, di pinggir laut, bertentangan dengan Gurney Drive.
Menurut The Star, Projek Bandar Impian itu akan terletak di 110 ekar tanah tebus guna yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Zenith sebagai balasan untuk membina terowong dasar laut dan tiga pintasan jalan raya yang bernilai RM 6.3 Bilion.
Menurut Stop The Lies, Projek Terowong Dasar Laut yang diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) adalah skandal terbesar pimpinan DAP di negeri itu.
“Pertama Lim Guan Eng mengumumkan bahawa projek mega itu telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat bernilai RM2 yang dipanggil Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd.
“Pengumuman itu dibuat secara tiba-tiba, dekat dengan pilihan raya umum ke-13. Ia merupakan satu rahsia yang disimpan sehingga pengumuman oleh Lim Guan Eng baru-baru ini.
“Kemudian didapati bahawa projek itu telah dianugerahkan dengan Zenith ..(selepas) tarikh tutup untuk mengemukakan proposal bagi projek jalan raya dan terowong utama di Pulau Pinang pada Jun 2012.
“Walau bagaimanapun rekod Suruhanjaya Syarikat menunjukkan bahawa Zenith, yang telah dianugerahkan projek itu, hanya ditubuhkan pada 5 Julai 2012.
“Bagaimana mungkin Zenith boleh dianugerahkan tender itu apabila syarikat itu masih belum berdaftar lagi pada bulan Jun,” dedah portal itu.
Menurut Stop The Lies, Zenith tidak sewajarnya dianugerahi projek itu berdasarkan latar belakang pemiliknya, Zarul Ahmad yang mempunyai rekod jenayah sebagai seorang yang korup.
“Zarul adalah antara tiga bekas kakitangan Rakyat Merchant Bankers Berhad (RMB) yang terlibat dalam skandal pinjaman dan masing-masing dihukum penjara sehari dan denda antara RM10,000 dan RM50,000 pada tahun 1994.
“Mereka telah melanggar Akta Institusi Kewangan dan Bank, menggunakan kuasa melebihi had dan juga meluluskan pinjaman bernilai RM126, 876.705.
“Zarul yang merupakan ketua hal ehwal awam bank didapati bersalah memberi kemudahan RM10,554,840 kepada pelanggan RMB.
“Beliau juga mengaku bersalah memindahkan RM67.5 juta kepada pelanggan RMB di premisnya.
“Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh Zarul melibatkan jumlah wang yang besar. Jika dia telah mengkhianati kepercayaan bank yang telah memberi kepercayaan kepadanya dengan menggunakan kuasa-kuasa dalam mengendalikan wang, bolehkah dia dipercayai dalam pengendalian apa-apa projek mega yang melibatkan berbilion-bilion ringgit dalam urus niaga,” dedahnya. (AIDCNews- 26/1/16 )

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails