Sunday, January 24, 2016

30,000 Hadir Bantah TPPA Di Ibu Negara

KUALA LUMPUR, Sabtu – Sambutan terhadap perhimpunan membantah hasrat kerajaan menandatangani Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mendapat sambutan luar biasa apabila kira-kira 30,000 peserta hadir di Padang Merbok di ibu negara, petang tadi.
Gelombang laungan bantah TPPA bergema sebagai tanda mendesak kerajaan supaya membatalkan hasrat menandatangani perjanjian itu.
Perhimpunan itu bermula seawal jam 2 petang, di mana peserta mula berhimpun di setiap empat perhentian yang disarankan penganjur iaitu Masjid Jamek, Masjid India, Masjid Negara dan Dataran Sogo sebelum menuju ke Padang Merbok.
Sekitar jam 3.15 petang, jumlah peserta yang berkumpul di Padang Merbok semakin bertambah sehingga hampir memenuhi kawasan padang itu bagi mendengar ucapan daripada penganjur, pemimpin parti, wakil NGO dan ahli Parlimen.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, rakyat tidak mahu negara ini menjadi sebuah negara yang tidak bertanggungjawab kepada mereka dengan menandatangani TPPA.
Ini kerana, jelasnya sejarah Amerika menghancurkan dunia Arab dengan menjajah atas nama perpaduan dan pendamaian.
“Kononnya hendak bebaskan negara tetapi kuasai dan rampas segala kekayaan di negara Arab. Amerika jadikan Malaysia dan negara-negara lain untuk jadikan alat bagi selamatkan enonominya,” ujarnya ketika berucap pada himpunan aman Bantah TPPA di Padang Merbok, di sini petang ini.
Beliau mengingatkan pemimpin kerajaan bahawa Malaysia adalah bumi bebas dan merdeka dan jangan sekali-kali menjadikan negara ini dijajah dengan sistem penjajahan baru iaitu bermula dengan ekonomi.
“Adakah kita nak serahkan negara kita ke Amerika? Jika kita serah kita akan tahu nasib kita, sukar untuk bangkit ekonomi kita.
“Kita akan jadi negara ketiga sampai bila-bila. Kita mesti bebaskan ekonomi kita daripada cengkaman musuh-musuh ekonomi dunia,” kata beliau di hadapan hampir 30,000 peserta. (IH/.ismaweb.net)

1 comment:

Anonymous said...

Dap dan kudenya pan tak kisah sgt ni malaysia dijajah jepun ke amarika ke afrika ke janji mereka masih dpt hidup senang n terus berniaga.ada dap berucap ke.ada nampak muka mereka.mat sabu ada turun langar dada amoi lg.amoi byk ada.hipokrit belaka geng pandir

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails