Thursday, January 28, 2016

Pengubahsuaian Bajet 2016 Tengah Hari Ini. Najib.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016, yang berasaskan situasi sebenar ekonomi semasa, tengah hari ini.
Bajet 2016 yang telah diubah suai, walaupun perlu, tidak langsung akan menjejaskan rakyat.
Malah, kerajaan dalam memutuskan langkah-langkah pengubahsuaian, melihat kepada tindakan untuk mengoptimumkan perbelanjaan, menetapkan semula keutamaan projek dan menangguhkan sebahagian perbelanjaan pembangunan.
Ia akan mengelak daripada melaksanakan langkah penjimatan, dan yang lebih penting, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan memandangkan ia merupakan bantuan langsung kepada rakyat dan mempunyai kesan pengganda di kawasan bandar serta luar bandar.
Ketika Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015, belanjawan tahun ini adalah berdasarkan andaian harga minyak mentah pada AS$48 setong.
Sejak itu, senario ekonomi telah berubah dengan harga minyak terus merosot, sekali gus bermakna pendapatan kerajaan yang lebih rendah.
Hari ini, harga minyak mentah mencecah kira-kira AS$30 setong, kejatuhan mendadak sejak bajet itu dibentangkan.
Bagaimanapun, bajet itu perlu diselaraskan sewajarnya bagi menangani peningkatan kos sara hidup, merangsang kegiatan pelaburan serta mengukuhkan imbangan pembayaran negara. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails