Tuesday, January 26, 2016

Ini, Kes Sebenar Artis Tayang Payudara, Pondan Rupanya! He He He.

SEORANG ‘wanita’ akan disiasat pihak berkuasa berikutan sikap tidak senonohnya menayang payudara di khalayak ramai dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Sabah, baru-baru ini.

Menerusi video yang tersebar di media sosial, aksi jelik individu berkenaan telah menerima cacian netizen yang berang dengan sikap pelaku yang dianggap mencari “publisiti murahan”.


Pelaku yang merupakan seorang pondan menunjukkan sebahagian payudaranya ketika mendendangkan lagu I’am Yours bersama sekumpulan pemuzik buskers  di kompleks beli belah Suria Sabah, pada 16 januari lalu, kira-kira jam 5 petang. 
Ketua Polis Bandaraya Asisten Komisioner M.Chandra menyarankan supaya  individu tersebut datang berjumpa dengan pihak polis bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati kumpulan busking terbabit telah bergiat aktif di kompleks beli belah itu sejak 25 Disember tahun lalu. Pada hari tersebut seramai tiga wanita berada di situ dan salah seorang daripadanya yang memakai pakaian sedikit terdedah, diajak menyanyi bersama mereka.
“Sepanjang empat minit persembahan, beliau dilihat cuba menutup dadanya yang semakin terdedah. Bagaimanapun, beliau meninggalkan kompleks berkenaan selepas lagu tamat,” kata Chandra.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di khalayak ramai, yang membawa hukuman penjara tiga bulan atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tinjauan di facebook pelaku mendapati individu terbabit sedia bertemu pihak berkuasa untuk memberikan penjelasan.
Dia menjelaskan bahawa perbuatan tersebut tidak disengajakan dan telah pun meminta maaf. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Lelaki tak po laaaa...
tak payah bising2 lah..
buat kecoh la hampa ni..
cian dia.

Mohamed Ali said...

Huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails