Wednesday, January 27, 2016

Bongkar Lagi Terowong Dasar Laut PP: Mengapa Dg Pemaju?

trowongMengapa dipromosi syarikat pemaju Zenith Construction dan bukannya Ewein Bhd dalam Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang ?
Sedangkan Zenith hanya memiliki kepentingan 40 peratus berbanding dengan Ewein memiliki kepentingan 60 peratus dalam projek tersebut.
Pengerusi yang dinamakan untuk Zenith adalah Dato’ Zarul Ahmad Bin Mohd Zulkifli, manakala pemilik Ewein adalah Dato’ Ewe Swee Kheng.
Menurut analisis Ashish Saxena dari Investor Central, Ewein Bhd yang mengkhususkan perniagaan syarikat mereka dalam audio, video, komputer, dan peralatan logam telah bersetuju meluaskan operasi mereka dalam bidang pembangunan hartanah.
Persetujuan itu diluluskan pemegang saham Ewein Bhd dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk 27 Jun 2014.
12 pemegang saham Ewein Bhd bersetuju projek pembangunan hartanah itu diuruskan oleh sebuah syarikat subsidiari  yang dipanggil Ewein Zenith Sdn Bhd, di mana Ewein Bhd memiliki kepentingan sebanyak 60 %.
Manakala, baki kepentingan 40%  lagi dalam syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd dimiliki oleh Zenith Construction Sdn Bhd.
Maknanya, syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd adalah syarikat yang ditubuhkan dengan gabungan Ewein Bhd (60 %) dan Zenith Construction Sdn Bhd (40%)
Walau bagaimanapun, dalam Ewein Zenith Sdn Bhd, kedua-dua syarikat pemaju itu memindahkan pegangan mereka dalam anak syarikat masing-masing; Ewein Bhd memindahkan keseluruhan pegangan 60% kepada anak syarikat milik penuhnya Ewein Land Sdn Bhd, manakala Zenith Construction Sdn Bhd memindahkan keseluruhan pegangan 40% kepada sebuah syarikat kumpulan yang dikenali sebagai Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUGG).
Sekarang, Ewein Land Sdn Bhd memegang kepentingan sebanyak 60% dalam Ewein Zenith Sdn Bhd manakala bakinya 40% dimiliki oleh CZBUGG.
Menurut kajian Investor Central, terdapat kecacatan dalam perkongsian Ewein Land Sdn Bhd dan CZBUGG di dalam pembangunan hartanah, di mana suntikan dana hanya dikeluarkan Ewein Land sahaja.
Menurut perjanjian awal  (halaman 3), Ewein Land Sdn Bhd perlu membayar RM 79.8 Juta daripada nilai pembelian RM 133 Juta untuk tanah di Lot 702, yang Ewein Zenith Sdn Bhd akan perolehi daripada CZBUGG.
Dengan kata lain, Ewein Land Sdn Bhd akan membayar RM 79.8 Juta sebagai bahagian 60% daripada kos pengambilalihan tanah untuk Ewein Zenith Sdn Bhd, manakala CZBUGG tidak perlu menyuntik tunai kerana ia sudah menyumbang tanah yang nilainya 40% kepentingan.
Walau bagaimanapun dalam perjanjian tambahan, syarat-syarat telah diubah iaitu Ewein Zenith Sdn Bhd perlu membayar RM 133 Juta kepada CZBUGG untuk memperoleh tanah itu.
Pendek kata, CZBUGG tidak menyumbang apa-apa untuk kepentingan 40% dalam Ewein Zenith Sdn Bhd itu.
Ewein Land Sdn Bhd walaupun memiliki kepentingan 60% dalam usaha sama itu, namun secara langsung dan secara tidak langsung syarikat pemaju itu merupakan pembiaya kos keseluruhan untuk memperoleh tanah itu.
Tetapi apa-apa keuntungan daripada pembangunan tanah oleh Ewein Zenith Sdn Bhd akan dikongsi oleh para pemegang saham dalam bahagian pegangan saham-saham mereka.
Jelas sekali, syarat-syarat perjanjian sekarang memihak kepada vendor, CZBUGG.
Oleh itu mana-mana pelabur yang rasionalh akan tertanya-tanya mengapa Ewein Bhd bersetuju dengan syarat-syarat tersebut.
Bagaimana jika CZBUGG  gagal untuk mendapatkan tanah di Lot 702?
CZBUGG adalah sebuah syarikat pemaju yang  ditubuhkan khas untuk menjalankan kerja-kerja projek jalan raya dan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan CZBUCG telah dianugerahkan kontrak bernilai RM 6.3 Bilion untuk melaksanakan projek terowong dasar laut.
Projek-projek ini dijadualkan siap pada 2018-2025.
Sebagai permulaannya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memperuntukkan 44.5 hektar (110 ekar) tanah pegangan bebas di Tanjung Pinang  kira-kira bernilai RM1,300 setiap kaki persegi kepada CZBUCG.
Sebidang tanah di Lot 702, seluas 3.67 ekar yang bakal Ewein Zenith Sdn Bhd perolehi itu adalah sebahagian daripada 110 ekar tanah yang bakal diperolehi oleh CZBUCG.
Rupa-rupanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya akan memperuntukkan tanah kepada CZBUCG dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Namun, The Star melaporkan bahawa  masih belum ada kata putus sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memperuntukkan tanah di Lot 702 atau Lot 713 kepada CZBUCG.
Jika tiada apa-apa kepastian selepas laporan berita itu, kami  tertanya-tanya apa yang membuatkan Ewein Bhd percaya bahawa CZBUCG akan diperuntukkan tanah di Lot 702.
Bagaimana jika perkara itu berubah tidak seperti yang diharapkan? Adakah Ewein Bhd akan menamatkan usaha sama itu?  (AIDCNews)

8 comments:

Anonymous said...

Knp ustaz porno tontowi tk nak proceed saman guan eng di mahkamah kalu tuduhan itu bkn fitnah?

An Anonymous said...

Soalan tu patut ditanya pada LGE lah bangang sbb LGE yg memulakan proceeding mahkamah.. Nak komen tp x tahu duduk cerita.. Lepas tu punyalah syg TGLGE sampai tergamak gelar nasaruddin dgn guna bahasa fitnah..

Anonymous said...

Lain kali kalu nk menulis kena jd pandai dulu... nmpk sgt bodohnya manusia berkiblatkan org kapir.. lepas ni boleh selam kepala dlm tong taik.. buat malu je

Anonymous said...

kalau betul tak payah la bayar bodoh , biar je guan eng teruskan prosiding mahkamah , peri bayar kat kafir tu buat apa bodoh melanton2 .... pay per view la bodoh ,

Anonymous said...

Ustaz porno tontowi fitnah org kafir. Takde bukti tarik balik dakwaan pd guan eng. Sanggup bayar 10k. Berani kerna benar takut krn salah wahai walaun2 tolol sekalian.

Pay per view adun kafir DAP yg bayarkan. kah kah kah

Anonymous said...

Sbb tu aku suruh ko baca bagi habis citer saman tu.. gie selam dlm kolam taik pulak.. mana tau dpt pulih kebodohan tu..

Anonymous said...

Walaun tolol. Pay per view ustaz porno PAS pun mtk tolong cina kafir DAP settlekan lg mau ckp byk. kah kah kah.

Kalau ada bukti knp tarik balik dakwaan. Ckp berapi2 ayat quran buat mainan.

walaunta2 elok gi selam kolam taik tu baru hilang taksub dan kebodohan memasing.

Anonymous said...

Pay per view lah walaunta2 tolol. Asyik kena kencing dgn pak2 lebai malang sbb tu bodoh bertingkek2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails