Thursday, January 28, 2016

Dengarlah, Dr Asri Puji Lagu Faizal Tahir Ini..

HALAMAN HIBURAN
Nampaknya walaupun Anugerah Juara Lagu 2015 memang dimenangi oleh Akim & The Majistret, tetapi persembahan yang merupakan 'juara' dimata mata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah lagu nyanyia Faizal Tahir.

Dalam satu kenyataan beliau di laman Facebooknya, Dr Asri mengucapkan syabas kepada Faizal kerana nyanyia yang dibawanya membawa mesej yang baik.

"Saya ucapkan syabas kepada Faizal Tahir kerana berusaha menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya. Seni itu sepatutnya membangunkan kemanusiaan dan hidup yang berteraskan beradaban yang tinggi," katanya.

Dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu(AJL30) itu, Faizal yang menyampaikan lagu Assalamualaikum dan memenangi tempat kedua di belakang Potret nyanyian Akim & The Majistret.

Tempat ketiga pula ialah Caliph Buskers dengan lagu Hanya Namamu.

Assalamualaikum lahir daripada hasil ciptaan bersama Faizal dengan Mike Chan, Ezra Kong dan Audi Mok. Faizal sebelum ini telah mendapat pujian Ikram Malaysia kerana yang aktif dengan misi kemanusiaan di seluruh dunia. 

Tindakan Fiazal menyampaikan Assalamualaikum dengan memaparkan latar belakang gambar berjaya menyentuh hati penonton mengenai situasi pelarian Syria.

"Untuk pengetahuan anda, Faizal telah beberapa kali menyertai misi kemanusiaan ke kem pelarian Syria di Lubnan dan Jordan bersama Aqsa Syarif dan i4Syria (Ikram For Syria). 
"Jazakallah khair. Semoga Allah membalas amal anda sebaik-baiknya," kata pertubuhan itu di Facebook. 
(IH)

Dengarlah laginya..

https://www.youtube.com/watch?v=2X_oOzj3UeE
20 Nov 2014 - Dimuat naik oleh WarnerMusicMalaysia
Listen on Spotify : http://smarturl.it/spfy-Assalamualaikum Listen on Deezer : http://smarturl.it/dzr ...


3 comments:

Anonymous said...

Tanya tuan mufti, gi dangdut, jumpa kawan lama, bagi salam kat dia salam alaikum, boleh tak ? Pastu dia ajak kita minum minum setin dua beer, kita jawab, insyaallah, boleh tak ?

Anonymous said...

Bodoh punya komen.....

Anonymous said...

Komen punya bodoh.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails