Sunday, January 17, 2016

Kaji Semula Kerjasama Dengan PKR, Saran Dr Khairuddin. Weblog Ibnu Hasyim Sokong.

WEBLOG Ibnu Hasyim  menyokong saranan Dr Khairuddin supaya PAS tidak akan teragak-agak mengkaji semula tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR jika parti itu bersekongkol dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) untuk memburukkan PAS. Seperti lapor Antarapos semalam.
“PAS ada prinsip, prinsip PAS tidak bekerjasama dengan pengkhianat itu jelas, tetapi oleh kerana PKR ada perjanjian dengan PAN dan DAP jadi kita kena tengok dari semasa ke semasa bagaimana interaksi kita,” kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali.
“Di Kelantan contohnya, bagaimana PKR nak turut meraikan program yang diadakan PAN (untuk) menyerang kawasan PAS? Ini seolah sabotaj kepada PAS. Maka (PKR) tidak bolehlah berkawan dengan orang yang turut berkawan dengan musuh kita. Jadi tidak kena cara dia.
“Kita ada prinsip, (dan) tidak mahu diperkudakan seperti sebelum ini oleh DAP banyak menggunakan tenaga kita. PKR guna tenaga kita untuk pilihan raya, mempergunakan kita ini bukan (suatu) prinsip Islam ,” ujar beliau.
PAS tidak mengiktiraf PAN yang dibentuk oleh bekas pemimpin parti itu selepas mereka tewas pada pemilihan PAS tahun lalu.
Beberapa bulan sebelum itu PAS dan DAP memutuskan hubungan mereka, sekali gus mengkuburkan Pakatan Rakyat kerana perbalahan berpanjangan mengenai hasrat PAS melaksanakan hudud di Kelantan.
DAP, PAN serta PKR kemudian menubuhkan Pakatan Harapan namun pada masa sama PKR terus meneruskan kerjasama politik dengan PAS, khususnya di Selangor.
Ditanya sama ada gandingan PKR dengan DAP dan PAN akan membawa masalah kepada PAS di Selangor, Khairuddin yakin pemimpin parti di negeri itu mampu menangani sebarang kemungkinan.
“Jadi terserah kepada kebijaksanaan PAS Selangor untuk menangani isu ini. Setiap negeri mempunyai suasana tersendiri (dan) bergantung kepada kebijaksanaan parti peringkat negeri,” katanya.
PAS katanya terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti mahupun badan bukan kerajaan (NGO).
“Jadi kita tegas kita bersedia bersendiri walaupun tanpa DAP dan PKR, kita juga boleh bekerjasama dengan parti-parti baru yang lain.
“Kita akan bekerjasama juga dengan NGO … ke arah politik baru bukan ke arah berpolitik tanpa mengira keadaan sampai mengabai keperluan rakyat. Itu misi yang nak kita buat nanti,” katanya.
Hubungan PAS dan PKR semakin menimbulkan spekulasi selepas PAS Kelantan dilaporkan menghantar surat kepada PKR, membantah kehadiran pemimpin parti itu di majlis-majlis anjuran PAN.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli masih belum menegaskan pendirian parti itu mengenai kemelut berkenaan. 
Weblog Ibnu Hasyim mengatakan, "Maka kini sudah sampai masanya PAS perlu bertegas dalam tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang merugikankan perjuangan PAS dan perjuangan Islam seluruhnya.  ...PAS tetap dengan Islam sebagai dasar perjuangannya, Al-hamdulillah! Dan seruan PAS ialah Allahu Akbar!! ". Tegas editor Dr Hj Mohd Hashim (gambar kiri). (IH)

10 comments:

Saiful Azmi Husin said...

Dalam isu Kelantan dan Trengganu ....pastikan PAS bertanding disemua kerusi ADUN dan Parlimen jika PKR bekerjasama dengan pengkhianat PAN @ balaci DAP dengan menentang PAS di kedua2 negeri tersebut. Kalau boleh, masukkan negeri Kedah sekali. PkR pun lansung takder pengaruh di 3 negeri berkenaan! Buat apa PAS bagi kerusi 'free' kat PKR!!

Anonymous said...

Putus lah tak sabar tengok Pas belah dari Kerajaan Selangor. Dah khinat dah pun bila Azmin lantik Ahli PBT dari amanah. Sembang ja lebih Pas nih
Tunggu lah PRU14 jangan HARAP pas boleh menang di Pantai Barat, Kelantan akan kembali ke Pangkuan UMNO
Sangat tak sabar Pas Blh dari kerajaan selangor

Duvit Duvid punya hal tak blah blah la tu.

Anonymous said...

Lebih 50 tahun dah bertanding tak menang menang. kEDAH & Trengganu PUN dapat sepenggal je ada hati.............. SULUH DIRI LAH PAS. LIHAT SEJARAH LIHAT SEJARAH PATI PAS

Anonymous said...

pas tak akan putus dgn pkr di selangor. mcm mana din ayam nak masyuuukk mudah. pak mertua will make sure!

Khairul Anuar said...

Kita ni sama2 rakyat..pakat2 molek. Lamo ke ada pihak yg patut tumbang akan bertambah kukuh.

Khairul Anuar said...

Kita ni sama2 rakyat..pakat2 molek. Lamo ke ada pihak yg patut tumbang akan bertambah kukuh.

Anonymous said...

PAS ada PRINSIP ???????
GELAK BESAG aku !

Anonymous said...

Pas tk payah bagi amaran kpd pkr. Terus je putus. Dan terus bsama parti islam umno. Umno parti islam terbesar di msia tau. Pastu pas kena keluar dari kjaan selangor. Baru jantan. Jgn dok korner atau u turn mcm hadi awe.

Anonymous said...

Altakiiri;tahalus siyaasi amaljimaa"i waljimaa' alpoligaami alharaki altakliki albaa'ii al talaaki alfonson d' albuqerqi..hi hii
lebai lebong ALSENDODONI albodohi ..

An Anonymous said...

Kita nak putuskan tapi kena ikut procedure.. Surat bantahan dah dikeluarkan..lepas tu surat amaran.. Kita tunggu je perkembangan lanjut..

Mungkin kita teruskan kerjasama dgn PKR di seluruh negara kecuali Kelantan terengganu dan Kedah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails