Friday, January 22, 2016

Kes Terowong Bawah Laut: Nasarudddin Menang Tapi Diperdaya Guan Eng?

tunnel
naruddin
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat telah memperdayakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi supaya menyelesaikan kes saman di luar mahkamah untuk mengelakkan kes projek Terowong Dasar Laut itu dibicarakan dalam Mahkamah Tinggi Georgetown.
Pada Isnin lalu, semasa kes saman terhadap Nasruddin disebut di Mahkamah Tinggi Georgetown, sekurang-kurangnya dua kali percubaan Lim Guan Eng melalui peguamnya memujuk Ketua Penerangan PAS Pusat itu untuk menyelesaikan di luar mahkamah.
Pada awalnya, Lim menawarkan Nasruddin agar memohon maaf kepadanya dan menarik balik artikel yang pernah ditulisnya, namun Nasruddin hanya menerima tawaran itu tanpa memohon maaf dan hanya menarik sebahagian kecil kandungan artikel itu sahaja.
“Sekurang – kurangnya dua kali rundingan melalui pasukan peguam berlaku di mahkamah kelmarin (Isnin). Keputusan saya tetap bahawa saya tidak akan mohon maaf. Bukan kerana degil tetapi kerana saya tidak memfitnah Lim Guan Eng (LGE) dalam artikel saya sebagaimana yang didakwa dalam writ saman yang dikemukakan kepada saya.
“Setelah usaha untuk meminta saya memohon maaf itu tidak berjaya dan dimaklumkan kepada hakim bahawa rundingan tidak mencapai kesepakatan, lalu saya dan LGE dipanggil ke kamar hakim untuk sekali lagi melalui proses mediasi (runding cara untuk selesaikan kes – kes sivil di luar mahkamah) tanpa disertai oleh peguam dari kedua – dua pihak.
“Tanpa saya perlu menceritakan secara detail proses yang berlangsung dalam kamar hakim sekitar setengah jam itu, saya nyatakan secara terus terang kepada Yang Arif Hakim bahawa saya tidak akan mengaku bersalah, tidak akan memohon maaf atas dakwaan fitnah dan berhasrat supaya perbicaraan kes ini diteruskan. Saya adalah orang yang disaman dan saya sedia pertahankan artikel dan kenyataan saya.
“Akhirnya, LGE boleh bersetuju untuk selesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu saya mohon maaf, cuma apa yang berlaku adalah salah faham tentang artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang dikatakan mencetus salahfaham antara saya dan LGE, akibat daripada perbezaan penggunaan terminologi – direct nego, open tender dan Request For Proposal (RFP). RFP berdasarkan penyata saksi Plaintif sendiri (pegawai dari UPEN) bukanlah direct nego, dan bukan juga open tender.
“Sementara artikel saya yang bertarikh 8 Ogos 2014 bertajuk “Terowong Dasar Laut – Penjelasan Tuduhan Fitnah” juga masih kekal dan dipertahankan,” dedah Nasruddin.
Laman mynewshub.cc berpendapat langkah Lim mahu menyelesaikan kes itu di luar mahkamah untuk mengelakkan Projek Trowong Dasar Laut Pulau Pinang tidak diteruskan atau dibicarakan di dalam Mahkamah Tinggi Georgetown.
Laporan hmetro.com pada Ogos tahun lepas menyebut projek mega bagi membina terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer dari Bagan Ajam di Butterworth ke Persiaran Gurney dijangka akan bermula menjelang awal 2016 membabitkan kos RM6.3 bilion.
Pembinaan terowong itu merangkumi tiga lebuh raya utama iaitu jalan berkembar sejauh 12 kilometer dari Jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, lencongan 4.6 kilometer dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan lencongan 4.2 kilometer dari Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
jual tanah
Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.
Tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang turut digunakan bagi kerja pembinaan terowong itu.
jahara
Pada tahun lepas, YB Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid yang merupakan Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang merangkap ADUN Telok Ayer Tawar mengesahkan projek itu bakal bermula.
“Projek terowong bawah laut dari Bagan Ajam ke Gurney Drive di Penang telah pun bermula di mana buat masa ini kerja menanda lokasi sedang di lakukan.
“Jika anda lihat di depan RnR Bagan Ajam ada akan nampak 2 bangsal 4 tiang yang telah didirikan di laut berhampiran rumah api (rumah penanda) yang bertujuan menyimpan barang2 kerja..
“Berikut adalah gambar-gambar mengenai bakal projek yang akan dijalankan,”katanya dalam mesej aplikasi WhatsApp.
tunnel
tunnel2
tunnel3

1 comment:

Anonymous said...

Hebatlah pulau pinang ada terowong nanti.kalahlah klcc.membanggalah puak puak yg menyokongnya walaupun kg melayu akan hilang dimata dunia.itulah yg dikatakan menang sorak kg tergadai.lge n dap yg dipuja puji itu telah menyebabkan adun pkr menangis.selepas ini menangislah air mata darahpun tak akan berguna lg.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails