Saturday, January 23, 2016

Kejatuhan Kelahiran Tahun Kambing, K'jaan Komunis Pun Tahyul..

Seorang wanita yang prihatin menghulurkan derma kepada ibu tiga anak itu di luar sebuah stesen kereta api di selatan China. AGENSI


Akhbar China hentam 'kepercayaan tahyul' kerajaan 

BEIJING: Sebuah akhbar rasmi China, hari ini menghentam 'kepercayaan tahyul' pihak berkuasa mengenai jumlah penduduk selepas mereka menyalahkan Tahun Kambing sebagai punca kejatuhan jumlah kelahiran pada 2015 walaupun dasar satu anak sudah dilonggarkan. 


Biro Perangkaan Negara minggu ini melaporkan jumlah kelahiran jatuh sebanyak 320,000 tahun lalu kepada 16.55 juta. Ramai ibu bapa enggan mempunyai lebih ramai anak kerana kosnya tinggi walaupun dasar dua anak mula diperkenalkan di negara itu, awal bulan ini. 


Pihak berkuasa Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Kebangsaan (NHFPC) mengaitkan penurunan itu dengan Tahun Kambing dalam zodiak China. Menurut kepercayaan tradisional itu, kebanyakan bayi yang dilahirkan pada tahun itu tidak akan gembira dalam hidupnya. 




Akhbar harian yang diterbitkan kerajaan komunis itu menyelar NHFPC menerusi ruang lidah pengarangnya. Akhbar itu sebelum ini jarang mengkritik pihak berkuasa. Ia menyebut penjelasan NHFPC berhubung pengurangan jumlah kelahiran pada 2015 adalah tidak masuk akal dan bukan usaha ikhlas untuk menghadapi cabaran demografi semasa yang menekan itu. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails