Sunday, January 17, 2016

Kebangkitan Gelombang Liberalisme M'sia. Oleh Pemikir DAP ..

penang institute

Pelaburan Dana Penang Institute Gerakkan Kebangkitan Liberalisme Di Malaysia

Berapa banyak dana dilaburkan kepada Penang Institute, badan pemikir Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menggerakkan kebangkitan gelombang liberalisme di Malaysia.
Demi menjayakan agenda teras DAP -mewujudkan sebuah Negara Sekular Malaysia- badan pemikirnya memerlukan dana yang banyak untuk menggerakkan pelbagai instrumen sokongan seperti mengukuhkan parti, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti sokongan yang berjenama Islam.
Lim Guan Eng (kiri) bersama Duta Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Paul W. Jones (tengah)

Program terbaharu anjuran Penang Institute yang bakal dijalankan pada 23 Januari ini di Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada usaha mencapai matlamat DAP itu.
Forum bertajuk ‘Can Islamists Be Liberals?‘ diusahakan oleh Penang Institute dengan kerjasama G25 Malaysia dan IRF (Islamic Renaissance Front).
Tetamu kehormat forum itu adalah Mustafa Akyol, seorang penulis dan wartawan Turki yang berfahaman klasik Liberal.
Ucap utama Akyol akan dibahas oleh tiga ahli panel; Dr Maszlee Malik, Wan Saiful Wan Jan dan Dato’ Dr Mujahid Yusoff Rawa.
Dr Maszlee adalah Ahli Majlis Syura IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia), nama baharu kepada JIM (Jemaah Islam Malaysia) yang susur galurnya daripada pertubuhan pelajar Malaysia (underground) di United Kingdom yang dinamakan IRC (Islamic Representative Council).
Sealiran dengan Dr Maszlee adalah Dr Mujahid Yusof yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) pusat dan Pengerusi PAN Pulau Pinang.
Wan Saiful Wan Jan pula adalah bekas Mursyid Hizbi (Hizbul Islami), satu pertubuhan pelajarunderground yang dikaitkan dengan PAS di United Kingdom.
Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs), Editor AkademiMerdeka.org, projek anjuran Atlas Global Initiative, Naib Presiden Rangkaian Istanbul untuk Liberty dan satu-satu ahli dari Malaysia dalam ‘Mont Pelerin Society’, sebuah pertubuhan Liberal peringkat dunia.
Wan Saiful dan Dr Aziz Bari bersama-sama menggerakkan IDEAS untuk menjayakan agenda liberalisme di Malaysia.
Dalam masa sama Wan Saiful juga mempunyai hubungan dengan Dr Maszlee, di mana Ahli Majlis Syura IKRAM itu merupakan salah seorang felo IDEAS.
Dr Ahmad Farouk Musa merupakan rakan kongsi kepada Noor Farida Arifin, dua individu di belakang tabir yang memainkan peranan menubuhkan G24 pada akhir tahun 2014
Kedua-dua mereka mempunyai aliran pemikiran yang sama-liberal-Dr Ahmad Farouk merupakan Pengasas dan Pengerusi IRF dan Noor Farida merupakan salah seorang pengasas Sister In Islam (SIS).


penang institute1
Penang Intitute Induk di 10 Brown Road, George Town. Ahli Lembaga Pengarah, Lim Guan Eng (pengerusi), Liew Chin Tong, Steven Sim Chee Keong dan Zairil Khir Johari (Pengarah Eksekutif)
penang instute kl
Penang Institute (P1) Cawangan Kuala Lumpur dibuka pada 27 Februari 2014. Pengurus PI Cawangan Kuala Lumpur, Dr Ong Kian Ming dan Dr Abdul Aziz Bari turut dilantik felo institut itu

Lim Guan Eng Dalang Kumpulan G25 & Gagasan ‘Maqasid Syariah’ II ?
Kumpulan G25 Bekerja Keras Cemarkan Imej Islam
Kempen Parti Liberal Malaysia
AIDCNews- 16/1/16

5 comments:

Mat Bon said...

Saya rasa elok kita dengar dulu pendapat mereka ... sebelum menghakimi samada negatif atau positif.

Anonymous said...

wajarkah program mcm ni diadakan.. belum sempurnakah islam yg diajar nabi??? sehingga perlu ada program melibralkan islam.. klu ya pun nak buat kena ada sorang ulama konservetif,baru la dpt buat perbandingan.

Anonymous said...

teringat program pegang anjing dan menyusu anak.. mcm jd klu islam jd nom 2

Anonymous said...

Makin terserlah siapa Dap yg sebenarnya ! PAN serta PKR tak lain hanyalah barua Dap @ anjing kurap Dap ! Terima kasih Ibnu Hasyim krn memberi kesedaran kpd masyarakat ......... Dgn ini aku dan keluarga akan menjauhi PAN , PKR dan sekutu2nya juga mastermind depa iaitu Dap ...... apakah masih tak jelas ttg haramnya mengundi depa ? Semoga kami dijauhkan dpd pintu2 neraka ...... amin !

Unknown said...

Dr Mujahid mungkin jawab memang wajar kerana setakat ni hanya org2 dlm PAN shj yg faham kenapa Islam perlu diliberalkan.. Yg di luar PAN sebenarnya dah sepakat bahawa Islam X akan boleh diliberalkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails