Thursday, January 21, 2016

Tukar Wajah Jadi Cantik, Gambar Dulu, Kini.. Anda Mahu?

Jika dulu dia malu untuk mengambil selfienya sendiri, kini Lin sudah berubah malah bangga apabila berhadapan dengan kamera. Lin, merupakan peserta pertama yang terpilih untuk program rancangan TV Korea versi Thailand, "Let Me In Thailand".

Episod pertama program itu memaparkan bagaimana Lin berubah apabila diterbangkan ke Korea Selatan untuk membuat pembedahan plastik. Lin, 23, adalah bekas pelajar universiti namun tidak dapat menghabiskan pelajaran kerana keluarganya yang hanya berpendapatan THB5,000 (RM600) sebulan tidak mampu menanggung yuran perbelanjaan. 

Lin bagaimanapun cuba untuk mencari kerja namun tiada siapa yang mahu memberikan Lin peluang.

"Saya mahu kerja yang bagus. Saya mahu beri ibu saya kehidupan yang lebih baik", katanya. 

Lin kemudian berfikir dirinya mungkin memerlukan 'perubahan'. Selepas Lin terpilih sebagai peserta untuk rancangan TV terbabit, pakar bedah ditugaskan untuk 'menukar' wajah Lin dan yang paling mencabar bagi doktor-doktor yang terlibat adalah mereka perlu merubah wajah Lin 100% termasuk dagunya.


"Saya sangat menyukainya", kata Lin apabila melihat wajah barunya buat pertama kali.
"Saya sangat teruja. Ia peluang terbaik yang pernah saya terima sepanjang hidup ini", kata Lin. (Sumber : bangkok.coconuts.co/)

Apakah tv di Malaysia akan meniru persembahan seperti ini? Adakah ianya menarik minat penaja-penaja kosmetik di negara ini? Bahagian agama negara ini perlu buat pemantauan, penelitan dan penentuan, demi menyelamatkan remaja negara.  (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Kita tidak mahu perempuan muka plastik. Kita mahu perempuan yang mempunyai kecantikan semulajadi !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails