Thursday, January 21, 2016

Muhyiddin Bela Cubaan Singkir Mukhriz..

Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan cubaan menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah sebagai 'jelik dan memalukan'.
Katanya, Umno kini akan kehilangan hormat daripada rakyat sekiranya pucuk pimpinan parti itu melayani desakan supaya Mukhriz digugurkan daripada jawatannya.
"Kebimbangan saya yang paling besar ialah perpecahan di dalam Umno akan bertambah ketara dan parti jadi semakin lemah,” katanya dalam satu kenyataan media di Facebook.
Sambil menyifatkan Mukhriz sebagai pemimpin Umno yang berkaliber dan berjiwa rakyat, katanya antara faktor kemenangan BN di negeri Kedah pada pilihan raya umum ke-13 lalu adalah kerana ketokohan anak Tun Dr Mahathathir Mohamad itu.
“Mukhriz adalah seorang pemimpin Umno yang berkaliber dan disenangi oleh ahli-ahli parti dan rakyat.
“Malah, antara faktor kemenangan BN di negeri Kedah adalah ketokohan Mukhriz sebagai pemimpin pelapis Umno sehinggakan perdana menteri sendiri sewaktu kempen PRU 13 menjanjikan Mukhriz sebagai menteri besar sekiranya BN berjaya memenangi negeri itu,” katanya.
Muhyiddin juga melahirkan rasa kesalnya kerana dalam keadaan rakyat dan negara berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi getir serta keyakinan yang semakin terhakis terhadap kepimpinan kerajaan BN, ada pemimpin Umno tergamak untuk memberontak.
"Saya percaya, Mukhriz sepatutnya diberikan peluang untuk terus memimpin kerajaan negeri Kedah," tegasnya.
Petang semalam sebahagian besar ADUN dan ahli parlimen Umno Kedah menyuarakan hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.
Desakan itu diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas bermesyuarat dengan pemimpin tertinggi parti negeri itu yang diadakan tanpa kehadiran Mukhriz.
Antara yang hadir adalah ialah Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.
Mereka juga hadir ketika Ahmad Bashah membuat pengumuman hilang kepercayaan terhadap Mukhriz pada sidang akhbar semalam.
Susulan itu, kira-kira 1,000 penyokong Mukhriz berkumpul di Bangunan Tunku Alor Setar bagi memberikan sokongan terhadap menteri besar Kedah itu pada sebelah malam.
Mereka berkumpul di depan bangunan menempatkan Ibu Pejabat Umno Kedah itu sambil melaungkan "Hidup Mukhriz!" berulang-kali. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

JAWATAN KOSONG KERAJAAN TIPUSTAN NEGARA BADUTSTAN

Tujuan: Untuk menggantikan menteri, timbalan menteri dan MB yang menentang presiden parti.

Parti Berkuasa: Parti Mengkarung Sekular Liberal

Jawatan Kosong: Menteri, Timbalan Menteri dan MB

Kelayakan Akademik:
Ijazah CGPA 3.85 ke atas dari akademi lawak tempatan dan antarabangsa sebab parti amat memerlukan manusia 'genius' untuk membela dan menghibur bos menindas rakyat.

Kepakaran yang diperlukan:
Pandai mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan kroni, bijak berbohong, mengampu, buat lawak membodohkan diri sendiri dan memalukan kera-jaan dan boleh berfikir di dalam kotak, bijak membuat alasan tidak logik untuk menaikan harga barangan dan perkhidmatan dan berpura-pura bersimpati kepada rakyat sambil menindas rakyat.

Contoh kebijaksanaan menteri: Jika harga beras naik, rakyat mesti pulau semua beras supaya semua rakyat mati kebuluran.

Keutamaan kepada:

(1) Pemohon yang pekak dan buta dan IQ Zero,

(2) Mengakarung yang pandai menukar warna badan mengikut warna persekitaran,

(3) Bos-bos mafia, yakuza dan triad dan towkay-towkay besar yang pandai jaga hati menteri dan bos,

(4) Ahli silapmata yang pandai menghilangkan wang,

(5) Penjilat yang pandai menjilat kaki bos dan penganut ajaran sekularisme dan liberalisme,

(6) Badut dan pelawak yang pandai menghiburkan hati bos dan menyakitkan hati rakyat,

SEGERA:
Jika anda fikir anda layak, boleh terus memohon kepada presiden parti dengan segera sebelum presiden digulingkan orang ramai.

Anonymous said...

To Anon 3:14 PM,

Brilliant comment. I salute you,Sir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails