Saturday, January 23, 2016

Ini, Calon Paling Kredibel Pegang Jawatan No 1 Negara?

cmPortal pro DAP, Malaysiakini mengubah perang saraf daripada menafikan cita-cita Lim Guan Eng mahu menjadi Perdana Menteri kepada calon yang paling kredibel untuk memegang jawatan nombor satu dalam negara. 
Apa yang begitu buruk tentang Guan Eng jika menjadi Perdana Menteri ?“, soal bekas bekas Duta Malaysia, Dennis Ignatius dalam portal itu.
Dennis Ignatius mendakwa Lim calon yang kredibel menjadi PM kerana beliau dikenali sebagai ‘Mr Clean’
“Lim sememangnya telah lulus ujian integriti dengan memegang teguh kepada komitmennya kepada keadilan, kesaksamaan dan tadbir urus yang baik melalui jatuh bangun kehidupannya sebagai pembangkang di Malaysia – walaupun menderita dipenjarakan kerana prinsipnya. Beliau tidak pernah berkompromi atau menjual (prinsip) sepertimana orang lain yang telah lakukan,”ulas Ignatius.
lim-ignatius
Beliau turut mendakwa Lim telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang terbaik berbanding dengan Ketua Menteri dan Menteri Besar di negeri lain.
“Oleh itu, Lim mungkin juga akan menjadi PM yang jauh lebih boleh dipercayai daripada apa yang kita ada sekarang ini. Beliau (Lim) adalah jauh dari sempurna, tetapi pastinya beliau tidak boleh menjadi lebih teruk?
“Malah, dengan Lim sebagai PM, kita mungkin sebenarnya mempunyai yang terbaik dari dua dunia: kita akan mempunyai seseorang yang mempunyai prestasi yang baik di Putrajaya dan kita akan mempunyai BN sebagai pembangkang yang menjaganya, pemerhati bagi salah laku, menyaring melalui kontrak untuk pekerjaan buruk, mencabar sebarang penyalahgunaan kuasa, menentang sebarang cubaan menodai hak-hak perlembagaan kita atau melemahkan perpaduan nasional di negara kita,”katanya lagi.
Ignatius berkata demikian sebagai mengubah mengubah pendekatan penafian Lim sebagai PM yang dilakukan Parti Amanah Negara sebelum ini.
Pada 16 Januari lalu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad menuduh hanya orang gila sahaja percaya bahawa Presiden PAN, Mohamad Sabu menyokong Lim menjadi PM Malaysia.
Sokongan Mohamad Sabu tehadap Lim untuk menjadi PM itu telah menjadi viral di media sosial.
mat-lge
Dennis Ignatius, seorang graduan dalam hubungan antarabangsa dari Universiti Malaya, berpengalaman 36 tahun dalam Perkhidmatan Luar Malaysia.
Sebelum menyertai Perkhidmatan Luar, beliau berkhidmat sebagai penyelaras silang budaya dengan Amerika Peace Corps di Malaysia.
Beliau telah berkhidmat di London, Beijing dan Washington dan seterusnya dilantik duta ke Chile dan ke Argentina.
Beliau juga telah ditauliahkan serentak sebagai Duta Besar Malaysia ke Colombia, Ecuador, Peru, Paraguay dan Uruguay.
Dari tahun 2001 hingga Jun 2008 beliau adalah Pesuruhjaya Tinggi (Duta) bagi Malaysia ke Kanada.
Pelantikan beliau yang lain termasuklah sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Pengarah) bagi Asia Timur, Setiausaha Hal Ehwal Eropah dan Setiausaha Hal Ehwal Amerika Syarikat.
kit1
dap ret
global bersih
(IH/AIDCNews)

4 comments:

Anonymous said...

Bersih dan wibawa la sgt.. org PAN je yg percaya

Anonymous said...

Calon yg paling kredibel/gedebe Jawatan No 1 Negara ialah bukan LG Eng tapi Tontowi RM10,000. dari Parti Angkot Sampah.

Anonymous said...

Terfikir juga krn sikap LGE ni tidak mudah buat u-turn, tidak celupar cakap, dan istiqomah melawan umnuuu-bndan tidak macam sikap orang itu yg pegang jawatan tertinggi parti agama, maka LGE ni kredibitinya lebih drp mr presideng parti agama.

Anonymous said...

Mr clean akan jd cleaner juga nanti.pembantu abadinya mat sabu tukang bawak lori sampah.sesuai lah dua org itu disampahkan oleh rakyat malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails