Thursday, January 21, 2016

Maka Bergemalah, 'Hidup Mukhriz, tak mau Bashah' ..

Selepas pemimpin mereka 'diasak' oleh sebahagian pemimpin parti sendiri, penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkumpul di Bangunan Tunku Alor Setar sebagai menandakan sokongan terhadap Menteri Besar Kedah itu malam ini.
Dianggarkan ada kira-kira 1,000 orang berkumpul di depan bangunan menempatkan Ibu Pejabat Umno Kedah itu sambil melaungkan "Hidup Mukhriz!" berkali-kali.
Mereka juga membawa sepanduk menggesa Mukhriz dikekalkan sebagai menteri besar.
Pada ketika lain, sesekali terdengar juga jeritan marah mereka yang menjeritkan "Hancur Najib" - merujuk kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Laungan lain yang dapat didengar melalui rakaman video ialah "Tak mau Bashah".
Kira-kira jam 9.50 malam anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu dilihat tiba di bangunan berkenaan dan disambut meriah penyokongnya.
Sebahagian daripada mereka dilihat cuba bersalam dengan Mukhriz.
Petang tadi Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai pimpinan parti peringkat negeri menyatakan rasa tidak yakin mereka kepada kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan ketua perhubungan Umno negeri.
Ahmad Bashah adalah Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah.
Mendakwa mendapat sokongan daripada semua ketua bahagian di negeri itu Ahmad Bashah meminta Najib campur tangan dengan mengetepikan Mukhriz daripada jawatan menteri besar.

2 comments:

Anonymous said...

Undi tak percaya disegi undang2 tubuh negeri hendaklah dari kalangan majoriti ahli DUN. Perlantikan MBpun dari Sultan atas dasar kepercayaan majoriti dikalangan ahli DUN. Hilang kepercayaan dikalangan ahli UMNO tidak boleh di takrifkan sebagai hilangnya kepercayaan majoriti dikalangan ahli DUN yang mana Sultan terdorong utk melantik MB yang baru kerana kehilangan kepercayaan dikalangan ahli parti adalah urusan parti semata-mata bukanpun urusan Sultan dan perlu diselesai dikalangan ahli UMNO dalam AGM partinya tanpa membabitkan pentadbiran negeri.

Anonymous said...

1,000 orang yang pi tu,ada masyuk ka, habih2 tak dak pun nasi sbungkuih dan ayaq sebotoi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails