Thursday, January 21, 2016

Kenyataan Media Mukhriz Mahathir Selepas Hilang Kepercayaan UMNO Kedah.


Alor Star: UMNO Kedah hari ini yang mengadakan perjumpaan tertutup di Hotel Grand Alora di sini dan sepakat mengumumkan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Mukriz untuk menjawab segala persoalan yang sedang bermain difikiran rakyat Kedah ketika ini.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, dia sudah mengetahui kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan UMNO Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, YB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.

"Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri."

"Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13," katanya.

Menurut Mukhriz lagi, seperti yang beliau nyatakan sebelum ini, dia memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

"Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya," katanya mengakhiri kenyataa media tersebut.

Sementara itu, ketika ini diperkarangan Bagunan Tunku yang merupakan ibu pejabat UMNO Kedah telah dipenuhi rakyat Kedah yang menyatakan sokongan kepada Mukhriz untuk terus menjadi Menteri Besar. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails