Friday, January 22, 2016

DAP Pilih Cara 'Bunuh Watak' Dari Saman. Tersepit Kes Razali?

DAP dilihat memilih kaedah ‘character assassination’ (pembunuhan watak) daripada menyaman bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam parti itu, Mohamed Razali bin Abdul Rahman.
Hari ini, DAP mengeluarkan kenyataan media mengulangi kenyataan yang pernah diucapkan Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng bahawa Mohamed Razali bukan Pegawai Khas atau memegang sebarang jawatan dalam Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
“DAP meminta semua pihak termasuk media tidak mengaitkan bekas ahli parti itu, Mohamed Razali Abdul Rahman sebagai Pegawai Khas atau sebarang jawatan dalam Pejabat Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang.
“Mengikut kenyataan media DAP hari ini, Razali juga tidak pernah memegang sebarang jawatan di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan mahupun Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang
“Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan DAP sebelum ini berulang kali membuat penafian mengenai jawatan dan kedudukan individu yang mentohmah parti itu berkaitan isu Israel,”lapor organ DAP, Roketkini.
Kenyataan DAP itu bertentangan dengan kenyataan Mohamed Razali dalam satu ceramah di Putrajaya pada tahun 2012 :
Saya ini bekas ahli DAP. Dalam DAP ini, untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, banyaklah jawatan-jawatan penting yang saya pegang semasa saya berada dalam pentadbiran DAP ataupun pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Saya ini merupakan bekas Setiausaha Politik kepada ataupun lebih dikenali sebagai Lim Guan Eng. Pegawai Tugas-tugas Khas dia. Saya juga merupakan bekas Ketua Organisasi DAP Bahagian Jelutong.
Setiausaha Publisiti DAP negeri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Pemuda Bahagian Pulau Pinang. Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Jelutong.
Selepas itu, saya merupakan Pengarah Pilihanraya untuk DUN Sungai Pinang di Pulau Pinang ini. Lepas itu, Pegawai Khas kepada YB Jeff (Ooi), Ahli Parlimen Jelutong juga. Timbalan Pengerusi Melayu Pulau Pinang dan saya jugalah Timbalan Pengarah Strategi untuk pilihanraya negeri untuk tahun lalu.
Saya juga telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Strategi dalam DAP ialah satu jawatankuasa, minta maaf..yang dilantik oleh Guan Eng.
Dalam DAP ini ada tujuh belas (17) orang pakar strategi yang dilantik oleh Setiausaha Agung DAP. Lima belas (15) orang Cina, seorang (1) India dan seorang (1) Melayu. Saya merupakan wakil orang Melayu yang berada dalam G 17.
G17 ini untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan adalah merupakan satu jawatankuasa sulit, hanya Setiausaha Agung dan pemimpin-pemimpin tertinggi saja yang ada, yang lain semua tak ada.
Kami dilatih oleh pakar-pakar daripada luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan pihak Israel.
Saya ni bekerja di dua tempat. Satu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan lagi satu dengan Ivory Property, salah satu pemaju yang terkenal di Pulau Pinang yang telah mengambil projek Bayan Mutiara.
Saya dibayar hampir RM12,000 oleh Kerajaan Negeri dan RM4,000 oleh Ivory Property. Lebih kurang RM16,000 tak termasuk dengan elaun ataupun benda-benda lain lah. Boleh dikatakan RM20,000 lah sebulan.
Cukup mewah semasa saya berada dalam kerajaan DAP ini, cukup mewah, terlalu mewah. Apa yang saya tak ada, semuanya saya dapat. Saya ni merupakan anak emas lah orang kata kepada Lim Guan Eng.
Tapi saya tidak akan muncul di hadapan, tidak pernah muncul di hadapan. Selalunya akan berada di belakang tabir sahaja. Saya tidak dibenarkan muncul di hadapan.
So, ini merupakan kempen poster saya pada tahun 2010 (tunjuk slide). Saya bertanding jugalah dalam satu pemilihan peringkat negeri Pulau Pinang, sebanyak 95 calon bertanding. Dia nak pilih 25 orang saja.
Tapi saya berjaya mendapat tempat yang ke 21. Selepas itulah saya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Melayu di Pulau Pinang.
Tapi saya difund. Fund yang saya dapat ni semuanya melalui Lim Guan Eng. Dia yang fund untuk kempen saya. Secara sulit dia bagi duit untuk saya. Dia nak pastikan saya menang. Dialah yang beri segala-gala kemewahan untuk saya berlobi pada tahun itu.
Roketkini turut melaporkan Mohamed Razali telah menyertai DAP pada 2008 dan dipecat daripada parti itu pada 2011 berikutan dakwaan beliau bahawa DAP sedang merancang sebuah Negara Kristian apabila berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
“DAP berharap penjelasan mengenai status dan identiti Razali membantu media dalam laporannya tanpa sebarang salah faham mengenai dakwaan hubungan dengan DAP mahupun Ketua Menteri Pulau Pinang,” kenyataan media DAP dipetik.
Organ DAP itu turut mendakwa DAP kini semakin mandapat sambutan masyarakat Melayu-Islam akibat serangan Mohamed Razali itu.
“Kebelakangan ini, DAP yang kian mendapat sokongan masyarakat Melayu-Islam diserang pelbagai pihak berikutan isu Israel akibat tulisan Razali di blognya yang kemudian disebar luas oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki,” lapor Roketkini lagi.
Pada 1 Jan lalu, Penasihat DAP ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Parti Amanah Negara Kelantan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Selangor berkata partinya akan menyaman individu tertentu dalam kes tersebut.
Dalam ucapan itu Kit Siang mengakui pada mulanya DAP tidak mahu menjawab isu tersebut tetapi telah dinasihati supaya menjawab isu tersebut.
“Semua ini dusta dan fitnah, tetapi ada orang yang kata kita (DAP) perlu jawab.
“Kita akan ambil tindakan undang-undang, ‘beliau’ perlu membayar harga yang tinggi kerana dakwaan tidak berasas dan melulu itu, di mahkamah,”kata Kit Siang dengan penuh semangat.
Kit Siang tidak menamakan ‘beliau’ yang dimaksudkan itu tetapi portal pro DAP, Malaysiakinimenamakan individu itu adalah Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
“Beliau (Kit Siang) menjangkakan peguam-peguam DAP akan memulakan tindakan undang-undang dalam tempoh sehari dua lagi,”lapor portal pro DAP itu.
Namun, sehingga ke hari ini, tiada surat saman dikeluarkan kepada individu tersebut.
Pada 5 Jan, Kit Siang menjelaskan kenapa DAP tidak mahu menyaman Mohamed Razali.
“Kit Siang yang juga Ketua Ahli Parlimen DAP menyifatkan Abdul Rahman tidak layak untuk disaman dan dibawa ke mahkamah tetapi lebih sesuai untuk dimasukkan ke hospital mental,”kata Kit Siang dilaporkan portal pro PAN, malaysiadateline.com.
Lihat..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..

4 comments:

Anonymous said...

Lge n dap tu mulia n hebat belaka dimata pan biarlah menangis adun pkrpun air mata hilang tanpa dpt menjadi kesanpun.terowong bila nak mula.nelayan melayu bila nak dihalau.laut sudah ditambak.hotel akan dibina.kg melayu akan lenyap dimata dunia.siapa yg peduli.najib itu perlu dilenyapkan dulu sbb dia perompak n melayu.jika dia perompak n cina maknanya dia bijak.

Melayu johor said...

Saya melayu, lebih percaya cina kafir tu daripada melayu tu. Banyak perkara yang boleh dijadikan buktinya. Tengok sahaja berapa banyak bantuan yang dihulurkan sejak memegang tampok pemerintahan negeri berbanding gerakan. Segala hal yang negatif tentang dap hanyak tohmahan dan mainan politik. Hal2 yang diputuskan sejak gerakan itu ditimbulkan kononnya itu adalah tindakan lge. Allah Maha Mengetahui.

Anonymous said...

Kah kah kah ........ aiyak tuan galu LGE sama LKS cakap ada kluk klek atau flip flop utk tutup cerita sebenar tapi barua2 Dap tetap percayakan kemulian tuan galu ....... beruntung tuan galu sbb ada barua2 tahap walaunta !

Unknown said...

Melayu marah apabila ditipu bukan melayu, tetapi tidak malu ditipu melayu. Ini satu ciri sifat tolol dan bahlol melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails