Tuesday, February 02, 2016

MB Kedah: PAS Berkecuali, Selesaikan Segera Menurut Demokrasi. -Presiden PAS.

KUALA LUMPUR – PAS mengambil sikap berkecuali dalam kemelut jawatan Menteri Besar yang sedang berlaku di Kedah. 

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu berpegang pada lunas undang-undang serta asas demokrasi berakhlak dan beradab dalam isu tersebut. Justeru, beliau berharap agar kemelut itu dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diputuskan.


“PAS menggesa agar masalah kepimpinan utama kerajaan Kedah diselesaikan dengan segera mengikut amalan demokrasi menerusi suara rakyat melalui DUN untuk ditentukan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Isu jawatan Menteri Besar Kedah bermula apabila sebanyak 14 UMNO Bahagian di negeri itu menyatakan hilang kepercayaan ke atas Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang memegang jawatan itu.
Mukhriz bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan berundur dengan menggunakan alasan rakyat mahukan beliau menjadi Menteri Besar Kedah.
Pendirian Mukhriz tersebut mendapat sokongan padu pemimpin dan penyokong pembangkang yang mahu mengambil kesempatan daripada isu itu untuk memburuk-burukkan UMNO.
Calon bagi mengisi jawatan Menteri Besar ditentukan oleh parti politik yang menang dalam pilihan raya umum dengan perkenan Sultan atau Raja. (IH)

10 comments:

pok amid littor said...

Raja kluk-klek Malaysia dah bersuara!
Tiada pendirian, macamana dia ni dipilih jadi pimemipin?

Anonymous said...

Hadi ulamak su' dipilih guna cai konsep judi. Ahli2 yg memilih dah jd mengong tak boleh berfikir waras. Mrk dah dijanjikan syurga buatan Pas.

Anonymous said...

Bila org kecewa berbicara... aku nk tgk syorga buatan pan mcmana pulok.. adakah ada bidadari dap sedang berpeluk dgn tuan president mat saboon didalamnya??

Anonymous said...

PAS perjudikan Islam demi habuan dunia.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda :

“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.

Anonymous said...

Anon 2:39pm

Ramai org Melayu Islam yg marah dgn Hadi Awang bukan kerana kecewa. Beliau telah mencemarkan imej Islam yg mulia. Tgk pd akhlak kelaku dan budi bicara Hadi lebih teruk dari org kafir. Allah telah membuka aib beliau kerana memperjudikan Islam utk kepentingan diri dan juak2nya.

Nak tanya knp masa Hadi jd MB Terengganu hudud tak dilaksanakan? Dan skrg knp sunyi sepi psl hudud? Hudud kat manaa? Hudud ka hududuittt?

An Anonymous said...

Ramai org tu maksud kamu ahli2 PAN..ramai ke?

Bab mana yg langgar imej Islam? Langgar sumpah bai'ah dan harta wakaf ke atau bwk lari kerusi PAS di depan mata TGLGE si kafir nyata..?

Membuka aib yg macammana? Wefie dgn amoi?

Hudud di Terengganu? Tak tahu ke undang2 syariah di peringkat negeri dah diluluskan..tak tahu ke? Perlaksanaannya sdg diusahakan tanpa jemu baik di Kelantan mahupun di Terengganu..jgn risau kerana kami x akan kecewa hingga keluar parti tapi akan terus berusaha hingga akhir hayat akan perlaksanaan hudud ini..

Anonymous said...

Jgn tipu diri sendirilah. Knp Hadi presideng pas kaki ponteng hanya layak jd mb tganu utk sepenggal je. Knp tk laksanakan hudud masa tu?

Arwah Tok Guru Nik Aziz pegang Kelantan 20thn. Pas dpt kat Hadi hancur.

Tganu negeri 90% Islam melayu. Majoriti sana tolak Hadi sbb mrk tahu Hadi tu ulamak pembohong dan munafik. Menang pun masa reformasi Dato Seri Anwar.

Anonymous said...

Pas ibarat parti org tua 60thn terpekik terlolong nak buat hudud puluhan tahun. Padahal satu undang2 Islam pun tak dak lg. Menipu dgn menjual agama.

Amanah baru 6 bulan tapi Pas dah rasa gentar.

An Anonymous said...

Kih kih lawak betul PAS gentarkan PAN.. x sesekali bro..cuma kami kasihan kerana PAN harapkan DAP utk terus relevant ..paham kan?

Anonymous said...

kih kih..lawak betul. Kata Pas tk gentar dgn Amanah tp hari2 24 jam dok meratib sana sini sebut Pan mcm org tk siuman. Gentar lah tu maknanya. Padahal Amanah baru setahun jagung ditubuhkn.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails