Tuesday, February 02, 2016

S'gor Membazir Lagi, 32.4 Juta Ubah Suai Kubah Masjid Negeri.. -Chegubard

SHAH ALAM – Belum pun selesai kontroversi pintu gerbang Kota Darul Ehsan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini sekali lagi meneruskan budaya pembazirannnya dengan projek pembaikan dan pengubahsuaian kubah Masjid Negeri Shah Alam.

Aktivis, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa kerajaan Selangor akan melakukan pembaziran dengan membelanjakan 32.4 juta semata-mata untuk kerja pembaikan dan pengubahsuaian kubah masjid negeri.
“Projek ini akan dijalankan bulan depan. Bayangkan untuk projek membaiki atau pun menukar kubah masjid negeri yang akan menelan belanja 32.4 juta. Bukankah ini satu pembaziran Azmin?” katanya kepada SelangorPost.
Chegubard yang juga Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kesal dengan pembaziran yang tak sepatutnya berlaku ini walaupun telah diluluskan dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2016 di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor tahun lepas.
Katanya, kerajaan negeri Selangor langsung tidak memperdulikan bantahan rakyat terhadap peruntukan yang begitu besar hanya semata-mata untuk memperbaiki kubah masjid negeri.
“Dalam keadaan kelembapan ekonomi, kerajaan negeri Selangor pula membelanjakan wang yang banyak amat dikesalkan. Tindakan Mohamed Azmin ini menunjukkan beliau tidak selari dengan prinsip parti yang menekankan tatakelola dan integriti dalam mentadbir kerajaan dan mengurus kebajikan rakyat.
“Mereka boleh sahaja sebut bahawa belanjawan ini dilulus oleh Dewan Rakyat. Lulus di dewan bukan bermakna perlu ikut sedangkan rakyat merungut hidup susah sekarang,” katanya kesal.
Beliau juga mendakwa RM32.4 juta itu tidak sepatutnya dibelanjakan untuk membuat kubah masjid semata-mata tetapi boleh dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat Selangor.
“Contohnya, dengan RM32.4 juta itu kita boleh buat banyak masjid yang banyak. Kalau kita pentingkan pembangunan agama Islam bukan membazir buat kubah tetapi kita boleh bagi bantuan pendidikan percuma kepada anak-anak Melayu Islam misalnya.”
Chegubard turut mengecam kerajaan Selangor pimpinan Mohamed Azmin kerana tergamak membazirkan wang yang banyak bukan untuk kepentingan rakyat.
Menurut Chegubard lagi, wang sebanyak itu boleh diberi untuk pembangunan pelajar melayu Islam terutamanya memberi biasiswa percuma kepada mahasiswa yang belajar di Universiti Selangor (UNISEL)
“Duit ini kalau disuntik kepada pelajar di UNISEL yang dibawah pentadbiran kerajaan negeri, sudah pasti pelajar dapat menikmati pembelajaran percuma,” katanya.
Katanya, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran pakatan pembangkang, setakat ini tampak gagal menunaikan janji manifesto mereka untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar di Selangor.
“Rakyat menilai dan jangan sampai rakyat marah serta menganggap segala janji semasa pilihanraya dulu adalah retorik,” katanya lagi.
Lebih dikenali Masjid Negeri atau Masjid Biru di kalangan penduduk Shah Alam, kemasan kubah baharu berkeluasan 5,184.72 meter persegi itu dijangka siap sepenuhnya pada 5 Disember 2016 dengan kos projek berjumlah RM32.4 juta.
Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Mas Abdul Rahman Mas Mohamed dilaporkan berkata, JKR Selangor melantik kontraktor Smart Reliance Sdn. Bhd pada 25 Mei 2015 bagi projek ini dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.
“Pada peringkat awal, JKR Selangor mencadangkan untuk menggantikan beberapa bahan panel yang rosak tetapi akhirnya menggunakan panel Vitrous Enamel yang ditempah khas buatan dari Jerman.
“Pemilihan bahan tersebut kerana kemasan baharu ini tahan lasak, sama dengan panel sedia ada dan mempunyai jaminan selama 30 tahun. Bahan tersebut juga ringan selain struktur lama tidak akan diganti,” katanya – selangorpost.com/

2 comments:

Carlos Santiago said...

Bosan layan cikgu bard gemuk ni. Bajet diri che guevara. Puiiii!!!

yen uchop said...

Hangpa semua ahli politik serupa saja. PRU mendatang aku tak pergi mengundi lagi dah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails