Sunday, January 31, 2016

Minta Bantuan Bukan Muslim, Ini Ketegasan Ibnu Taimiyyah..

majmu-fatawa-300x300

BANYAK tersebar tulisan kononnya Ibnu Taimiyyah sangat berlembut dalam urusan politik Islam. Hingga ada yang menuduh beliau membenarkan sebuah negara Islam itu dipimpin oleh bukan Islam. Hakikatnya golongan sebegini tidak pernah atau saya yakin langsung tidak sekali pun menyentuh tulisan karangan ulama silam yang hebat ini.
Jika kita selalu menelaah tulisan-tulisan Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, kita akan dapati beliau mempunyai pandangan yang amat tegas berkenaan isu memohon pertolongan dengan bukan Muslim dalam urusan pentadbiran tertinggi negara ataupun politik kenegaraan.
Bahkan Ibnu Taimiyyah menyatakan adalah lebih baik untuk melantik seorang Muslim, walaupun seorang Muslim tersebut kurang kemampuannya berbanding dengan bukan Muslim
(Majmu` al-Fatawa, jil. 28, m/s. 642)
Ibnu Taimiyyah juga telah membawa kisah Salahuddin al-Ayyubi, bagaimana Salahuddin mengelak daripada memohon pertolongan bukan Muslim untuk pentadbiran negaranya, lantaran itu, beliau mendapat berkat. (Majmu` al-Fatawa, jil. 28, m/s. 639)
Sheikh Ahmad Ar-Rashid berpendapat, pandangan Ibn Taimiyyah ini jelas benar. Ini adalah kerana Nabi SAW, ketika memohon pertolongan daripada bukan Muslim, sama ada sebagai penunjuk jalan atau sebagai perisik, pertolongan tersebut adalah sementara, hanya untuk beberapa hari.
Tetapi tugasan yang berterusan atau dalam jangka waktu yang panjang, yang akan memberikan kepada bukan Muslim peluang untuk merancang dan membuat hubungan dan secara beransur mungkin memenangi mereka yang lemah jiwanya daripada orang Islam, dengan menggunakan kekuasaan yang diberikan lantaran kerjanya dan harta yang ada bersama.
Perbezaan suasana ini (pertolongan berterusan dan pertolongan sementara yang diminta oleh Nabi SAW daripada bukan Muslim) sepatutnya difahami oleh seorang faqih. (Ahmad Ar-Rashid, Usul al-Ifta’ wa al-Ijtihad al-Tatbiqi: Fi Nazariyyat Fiqh al-Da’wah al-Islamiyyah, jil. 4, m/s. 321)
Jelas dalam tulisan ringkas ini kejelasan Ibnu Taimiyyah dalam hal siyasah syariyyah tiada bezanya dengan apa yang disebut jelas dalam nas-nas al-Quran dan Hadis. Bahkan ianya selari dengan kefahaman siyasah yang diketengahkan oleh ramai ulama terdahulu seperti Imam Mawardi, Imam Juwaini dan ramai lagi.
Oleh Ust Ahmad bin Khairuddin
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Artikel ini telah disiarkan dalam laman web rasmi Majlis Ulama Isma (MUIS)www.muis.org.my.

2 comments:

Anonymous said...

Nak sgt LGE jadi pemimpin, dakwahkan dia agar masuk Islam.
Kesian ke dia, kalau dpt jadi PM pun, bila mati masuk neraka, apa lah untungnya ?

An Anonymous said...

Mmg PAN tgh dakwah LGE pun.. Antaranya ialah akur dgn kehendak LGE agar hudud ditiadakan dari perjuangan PH..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails