Tuesday, February 02, 2016

Switzerland Cadang Bagi £1,700 Sebulan Kepada Semua Rakyat. M'sia, Mampukah Begitu?

Rakyat di Switzerland kini bakal mengundi untuk satu cadangan yang mencadangkan agar semua penduduk di negara itu dibayar £1,700 (RM10,000) setiap bulan tidak mengira status pekerjaan mereka.

Jika cadangan tersebut - yang dikemukakan oleh sekumpulan cerdik pandai - diluluskan, Switzerland akan menjadi negara pertama di dunia yang memberi wang kepada penduduk tidak kira sudah bekerja atau tidak.

Bagaimanapun, cadangan itu dilihat tidak menggembirakan ahli politik tidak kira di haluan kiri atau kanan biarpun cadangan itu telah diluluskan untuk pengundian oleh kerajaan persekutuan pada 5 Jun lepas.

Rational disebalik cadangan ini adalah untuk melenyapkan jurang antara pekerjaan dan pendapatan, dimana penduduk akan mendapat pendapatan yang terjamin tidak kira mereka bekerja atau tidak.

Melalui inisiatif itu juga, setiap kanak-kanak juga akan menerima £100(RM920) untuk setiap minggu.

Kerajaan persekutuan menjangkakan inisiatif ini akan menelan kos sebanyak £143 billion (RM846 billion) setahun.

Kumpulan yang mencadangkan inisiatif tersebut - yang terdiri dari artis, penulis dan cerdik pandai - memetik satu survey yang menunjukkan majoriti penduduk Switzerland akan terus bekerja sekiranya cadangan wang percuma itu diluluskan.

Hasil survey itu juga turut menyebut hanya 2 peratus sahaja yang berkata untuk berhenti bekerja, makanala lapan peratus lagi berkata mereka akan "melihat kepada keadaan", lapor the Local.

Sumber : http://www.dailymail.co.uk 
Malaysia, mampukah begitu, di masa mendatang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails