Friday, September 03, 2021

Kisah ke rumah panjang, hubungan terputus kerana banjir..

 


MIRI: Hujan lebat yang berterusan di pedalaman Sarawak menyebabkan beberapa kawasan di Baram dan Subis dinaiki air.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) paras air semakin menaik di pedalaman Baram, di mana penduduk diarah bersiap sedia.

Di kawasan rendah berhampiran Sungai Tinjar juga dinaiki air. Malah ada rumah panjang terputus hubungan disebabkan jalan kampung ditenggelami air semalam.

Antaranya Rumah Dennis Madang Long Loyang, Rumah Francis Ubi Long Jegan A, Rumah John Mato Long Tuyut dan Rumah Duri Endu Nanga Lait di tebing Sungai Tinjar.

Manakala kawasan Rumah Panjang Bulin Nyalu Sungai Saeh hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.

Turut dinaiki air Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Bok dan SK Long Teru, Tinjar.

Tinjauan UKAS hari ini di kawasan di Pekan Long Lama didapati air semakin naik sehingga ke paras lutut, menyebabkan sebahagian lalu ke jalan besar terputus perhubungan.

Sehubungan itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telang Usan memantau keadaan dan mengingatkan penduduk bersiap sedia disebabkan trend air semakin naik. – EDISI UKAS

Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails