Wednesday, September 01, 2021

Penduduk terharu PAS komited bantu golongan terjejas

 

SILAM: Misi Bantuan Covid-19 diteruskan PAS Kawasan Silam, dan Cawangan Lahad Datu di Kampung Tamoi serta Kampung Jawa di sini hari ini.

Misi yang diketuai Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Silam, Nizam Latuah bersama Jabatan Amal Malaysia kawasan Silam berkenaan menyampaikan sebanyak 100 kit makanan.

Beliau berkata misi bantuan itu merupakan kesinambungan agihan bantuan kepada asnaf, fakir miskin dan mereka yang memerlukan pada awal Ogos lalu.

“Misi kebajikan seperti ini tidak akan berhenti di sini sahaja kerana kami akan sentiasa berusaha membantu masyarakat yang terjejas terutamanya dalam situasi pandemik yang kian membimbangkan sekarang,” ujarnya.

Tambahnya juga penduduk tempatan terharu di atas kesungguhan PAS Silam terus komited membantu golongan yang terjejas dalam usaha membendung penularan Covid-19.

“Penerima bantuan sangat berterima kasih dan menghargai sumbangan yang diagihkan PAS Silam bagi membantu mereka yang terjejas berikutan penularan wabak,” ujarnya.

Misi bantuan itu turut disertai Ketua Penerangan PAS Silam, Mohd Ahzam Che Mat serta beberapa ahli jawatankuasa PAS kawasan berkenaan. – HARAKAHDAILY 31/8/2021

Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails