Thursday, September 02, 2021

5 strategi yang dinamakan inisiatif mantap... -Idris Ahmad (JPM)

 

Idris kagum, bangga pencapaian agensi Islam masa kini

KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwan Agama), Senator Idris Ahmad melahirkan merasa kagum dan bangga dengan pencapaian agensi Islam pada masa kini.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua agensi Islam khususnya kepada mantan-mantan Menteri dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama yang banyak menabur jasa dan bakti khususnya dalam meninggikan syiar Islam di negara ini.

Katanya, beliau memberi jaminan, mana-mana dasar dan program sedia ada yang memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya, maka ianya akan diteruskan dan disesuaikan mengikut dasar semasa kerajaan pada masa kini.

“Seperti mana kita semua sedia maklum, YAB Perdana Menteri sewaktu ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri ke 9 pada 22 Ogos yang lalu, telah menjelaskan antara tumpuan dan fokus utama kerajaan di bawah pimpinan beliau ialah untuk menjaga kebajikan rakyat agar segera keluar dari kemelut kesihatan dan ekonomi,” ujarnya dalam ucapan sulung, hari ini.

Justeru, katanya semasa pertemuan dengan ketua-ketua agensi di bawah beliau tadi, semua telah sepakat untuk merancang keutamaan program dan aktiviti yang terfokus untuk dicapai dalam tempoh 100 hari pentadbiran sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri.

Menurutnya, bagi memastikan perancangan serta pelaksanaan program dan aktiviti agensi agama dapat dilaksanakan secara berkesan, semua sepakat untuk turut menyelami jiwa dan perasaan seluruh lapisan Keluarga Malaysia.

“Maka dengan itu, saya telah mencadangkan tema pentadbiran hal ehwal Islam kini iaitu ‘Bersama Agensi Islam Menyantuni Keluarga Malaysia Mendepani Covid-19’,” katanya lagi.

Tambahnya, tema itu diangkat sebagai panduan kepada semua agensi Islam di bawah beliau untuk melaksanakan dasar dan program yang menjurus ke arah membawa keluar Keluarga Malaysia daripada kesempitan hidup akibat pandemik Covid-19.

Tambahnya lagi, bagi memastikan tema pentadbiran yang dicadangkan itu dapat direalisasikan, maka semua sepakat untuk memberi fokus kepada lima strategi yang dinamakan inisiatif mantap iaitu, pemantapan mental, jasmani dan rohani; inisiatif; pemantapan sistem pendidikan Islam;  pemantapan institusi kekeluargaan, sosial dan komuniti Islam; pemantapan institusi masjid dan surau dan pemantapan sosioekonomi ummah. HARAKAHDAILY 1/9/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lima strategi yang dinamakan inisiatif mantap iaitu, 
(i)  pemantapan mental, jasmani dan rohani; 
(ii) inisiatif; pemantapan sistem pendidikan Islam; 
(iii)pemantapan institusi kekeluargaan, sosial dan komuniti Islam; 
(iv) pemantapan institusi masjid dan surau 
(v) dan pemantapan sosioekonomi ummah. 
Insya Allah!

Peluang jadi usahawan ternak siput..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails