Saturday, September 04, 2021

Bawa kemusnahan, bukan peluang pekerjaan -ADUN PAS Penaga

 

DUN P. Pinang panas dibidas wakil PAS isu PSR

GEORGE TOWN: Projek mega Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) akan membawa peluang kemusnahan di sebalik peluang pekerjaan yang dibanggakan oleh pihak Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ustaz Mohd Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) menegaskan pendiriannya tetap membantah projek tersebut dan berdiri bersama Persatuan dan Unit Nelayan serta para nelayan yang menolak projek itu.

Malah katanya, laporan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN), Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan lain-lain jelas mengatakan PSR akan merosakkan alam sekitar.

“Kerajaan negeri perlu mendengar bantahan nelayan terhadap kelulusan EIA oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar diputuskan oleh panel lembaga rayuan alam sekitar pada 6 sehingga 9 September 2021,” ujarnya berucap dalam Sidang DUN Pulau Pinang, di sini semalam.

Beliau turut menyuarakan bantahan terhadap kerja-kerja projek tambakan laut Seri Tanjung Pinang 2 (STP 2) di Daerah Timur Laut negeri ini yang sedang berjalan dan masih diteruskan walaupun dibantah.

Ucapan Mohd Yusni ini ternyata membuatkan ahli dewan dalam kalangan pihak kerajaan tidak senang duduk apabila seorang demi seorang bangkit mencelah dan mempertikaikan beliau.

Tegas beliau lagi, ekosistem dan juga tempat ataupun sumber nelayan-nelayan untuk mendapatkan hasil tangkapan mereka atau rezeki mereka boleh musnah akibat daripada projek tersebut.

“Bukan hanya seorang dua yang bantah, bahkan bukan Timbalan Menteri, (tetapi) banyak NGO-NGO, agensi bahkan semua orang, termasuk Ahli Parlimen Permatang Pauh juga mempersoalkan projek PSR ini, bahkan dimasukkan dalam page Ahli Parlimen Permatang Pauh. 

“Jadi boleh rujuk kalau page itu ataupun kalau isu yang dibangkitkan itu tidak dipadamkan. Jadi dalam soal ini, bukan isu perkauman, sebab NGO-NGO yang bantah juga bukan hanya satu kaum, bahkan melibatkan pelbagai kaum. Jadi kita meraikan.

“Kalau projek di Kedah sebagai contoh negara jiran yang nak membangunkan ataupun projek lapangan terbang antarabangsa Kulim itu pun kita bimbang boleh menjejaskan air Sungai Muda, apatah lagi projek ini dalam negeri kita, Negeri Pulau Pinang,” bidasnya.  – HARAKAHDAILY 3/9/2021


3 comments:

Anonymous said...

TERLALU BYK DIPERSEMBAHKAN CERITA HAMPAS



Org Melayu kita bercerita bab korupsi, bail out, kronisme, defisit belanjawan dan lain2 mereka tak mahu ambil tahu. Org Melayu tak faham... puas kita berhujah dgn fakta implikasinya sampai berbuih mulut, dtg lebai naik atas pentas cukup sekadar menyebut dua ayat iaitu Melayu dan DAP. Maka Melayu terus menjadi bodoh sb dgn sengaja mahu dibodohkan oleh org bijak pandai yg cuba mengambil kesempatan.



Yg org Melayu hendak ambil tahu siapa bakal suami artis, kenapa artis itu bercerai, kenapa artis itu tak dpt anak, artis mengidam apa dan hari ini satu lagi berita yg saya rasa membazir masa dibaca dan hanya melemahkan otak2 org Melayu.



Perlu ke cerita 'celah kangkang' hendak disiarkan utk pembacaan umum. Saya baca ketawa dah pasti tapi perasaan geram dan marah kenapa cerita begini boleh dijadikan bahan bacaan. Bagaimana kita mahu didik bangsa kita utk terus maju. Ini bukan bahan bacaan utk tatapan media. Ini cerita bualan kosong di tepi longkang utk membuat kwn2 ketawa terbahak bahak

Anonymous said...

Sebab itu org Melayu gemar menonton filem seperti Sembilu. Org Melayu mcm org India di India. Mereka mahu ke panggung wayang bukan mahu menonton filem yg buatkan mereka berfikir atau mendapat mesej dari tontonan. Mereka mahu tgk pelakon cantik, kacak, lagu menarik...berdialog berjanji bulan dan bintang di taman bunga.



Inggeris dulu bila dia jajah Tanah Melayu selagi ada pekan kecil dia binakan Panggung Wayang. Kalau di kampung ada wayang pacak. Tradisi ini diteruskan oleh kerajaan Melayu. Dikhayalkan org Melayu dgn hiburan sambil mereka mencuri balak, getah dan bijih timah. Inggeris bijak dia tidak jajah secara berperang tapi dia jajah minda org Melayu.



Inggeris tahu jika org Melayu diberi pendidikan yg baik maka mereka akn berdepan dgn demontrasi setiap hari di bandar2 kecil. Ubat mujarab utk melemahkan kebangkitan org Melayu ialah dikhayalkan dgn hiburan.



Maka genarasi itu terus dilahirkan oleh kerajaan Melayu skg. Org Melayu mesti dibodohkan dgn hiburan sambil ditakutkan dgn cerita Cina DAP. Formula ini mujarab utk merompak kekayaan negara tanpa dipersoalkan di dunia. Cuma di akhirat nanti ia tetap akan disoal oleh para malaikat... jgn mereka ingat malaikat itu pemikiran mcm org Melayu.

Anonymous said...

Kesanggupan buat pembangunan menjadi satu kemestian bila ada peluang dan ruang untuk menghakis keujudan org melayu di sesuatu kawasan dengan tujuan utk menguasai kawasan tersebut. Kerana itu bagi yg berpandangan jauh tentang masa hadapan ttg survival, sudah dapat membaca apa tujuan kerajaan dap. Ia bukan ttg melayu dan dap atau melayu dgn malaikat, ttp kebersamaan dua makhluq melayu yg islam dan malaikat yg islam yg mematuhi tuntutan agama. Mempertahankan tanah air adalah satu kewajiban. Antara melayu dan dap terdapat pertentangan dari segi agama dan status kewarganegaraan, antara penduduk asal dan pendatang. Manusia liberal akan menatang dap sebagai sumber yg mengangkat pembangunan dan mengabaikan aqidah dan tanah hak milik org melayu dan mata pencariannya. Begitulah rakusnya manusia liberal seperti rakus dap dlm merampas hak org melayu atas nama pembangunan. Kita perlukan pemimpin yg tegas dan berani utk pertahan hak peribumi,bukan dayus spt manusia liberal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails