Tuesday, August 31, 2021

‘Kalau kita berpecah, kita bukan merdeka’

 

KUALA LUMPUR: “Rasulullah s.a.w membawa model kemerdekaan Islam, bersatu tanda kita merdeka, kalau berpecah, kita bukan merdeka.

“Kemerdekaan yang hakiki dan berjaya apabila kita bersatu dan kita menggunakan kekuatan yang ada untuk bina negara melalui kepelbagaian bangsa yang ada di negara kita,” kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Nik Zawawi Mohd Salleh.

Beliau berkata, Rasulullah berjaya menyatupadukan kepelbagaian bangsa yang ada pada zaman awal kebangkitan Islam melalui model penyatuan.

“Isu kesatuan adalah isu yang kukuh di dalam Islam, saya nak sebut secara ringkas, dalam al-Quran tidak ada ada satu ayat yang diajar oleh Allah untuk kita berpecah.

“Di dalam Hadis Nabi s.a.w, tidak ada satu Hadis yang diajar supaya kita berpecah, banyak ayat-ayat yang diwajibkan oleh Allah SWT untuk kita bersatu padu antara satu sama lain,” ujarnya pada Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Semarakkan Cinta di TV1, baru-baru ini.

Turut bertindak selaku ahli panel Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail dan Mohamad Hariri Mohamad Daub selaku moderator.

Sehubungan itu ujar Nik Zawawi, kedatangan Baginda s.a.w ke bumi Madinah membuktikan konsep penyatuan Islam berjaya direalisasikan ke atas pelbagai bangsa serta berlainan agama.

Dr Nik Zawawi berkata, penyatuan dibawa Rasulullah di Madinah al Munawwarah dengan meletakkan Islam di di bumi yang sangat majmuk.

“Ibn Hisham (Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisham) dalam sirahnya menyebut bahawa kumpulan masyarakat atau kabilah yang hidup di Madinah di zaman itu melebihi 100 kabilah, ini jumlah yang besar dan agama yang wujud di Madinah lebih daripada 40 jenis agama.

“Allah sengaja bawa Rasulullah kerana Allah ingin buktikan bahawa perpecahan yang berlaku di Madinah kita tengok tidak ada siapa yang untung sama ada bangsa Arab, Parsi, Rom ataupun Yaman, kerana yang berpecah kita akan rugi,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, konsep perpaduan Islam bukan sahaja berjaya menyatupadukan bangsa, malah memajukan ekonomi serta sosial sesebuah tamadun.

Beliau yang juga ahli parlimen Pasir Puteh berkata, kepelbagaian bangsa mampu mencetuskan anjakan paradigma ekoran kelebihan yang dimiliki setiap bangsa jika dimanfaatkan semaksimumnya.

“Allah kurniakan kepada kita, masyarakat majmuk, ini rahmat daripada Allah SWT sebab masyarakat majmuk ada kelebihan masing-masing, orang Melayu, Cina, India, dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak mempunyai kelebihan masing-masing.

“Kelebihan ini kalau kita bersatu padu antara satu sama lain, negara kita memiliki kekuatan yang sangat kuat, yang lebih kuat daripada negara-negara yang ada daripada satu bangsa, ini kita kena ingat,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 25/8/202

Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

4 comments:

Anonymous said...

Kat negara maju pun berpecah.

Jepun sama jepun pun berpecah

Mat saleh sama mat saleh pun berpecah

Tapi mereka maju. Siap bleh takluk negara lain lagi.

Berpecah ada caranya. Guna otak

zack said...

Merdeka apa jika sistem pemerintahan pun ikut penjajah..yg laungkan demokrasi sdh mati la,mna demokrasi lah sepatutnya laung ubah sistem..dah berpuloh tahun brunei atau saudi arabia ok je tak sistem demokrasi boleh tadbir negara mereka dgn baik..merdeka tp ikut sistem demokrasi ala wesminster penjajah...

Anonymous said...

merdeka diri dari pluralisma murtad

Anonymous said...

Bila tunduk pada dap lagi tak merdeka. Dap suka sistem penjajah. Penjajah tak suka sultan, dap pun sama. Pkr tentu follow apa dap cakap. Bila dap balun islam, pkr pun balun sama, malah lebih sikit dari dap. Plural dan liberal letak semua agama sebaris. Kuning sangat otaknya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails